0

Berkelah di Pantai Puteri Melaka

picnic pantai puteri melaka 0

My baby (at the moment la dia paling baby) Dawud Kenji

A friend of mine told me “eh bosan lah blog si toot tu, asyik tulis pasal bisnes dan kekayaan dia jer, tak macam blog dia dulu2. Bosan sbb dah tkder drama kt blog dia”

Ok I bukan nak komplen pasal si penulis tu dh berubah cara penulisan, tapi I tersentap bila my friend said blog tu dah bosan sbb dah tkder drama. Sebab rasanya blog I ni pon dah tk ada drama. Hahaha. Sorry lah, disebabkan tuntutan kerja, memang otak ni asyik fikir kerja dan bisnes sahaja. Jadi bila nak update blog jer, entry2 yang berkaitan bisnes didahulukan, sbb nak cari masa nak menulis blog lagi bukan senang, jadi nak kena utamakan benda yang penting dulu.

picnic pantai puteri melaka 1

Tolong adik Kenji gali kolam

Pasal drama kehidupan dan keluarga juga penting, namun ianya tidak lah sepenting sehingga nak diceritakan kepada semua orang kan? :) Tapi ada betulnya juga, blog pon kena ada drama. My life ni a bit straight forward, rutin adalah rutin. Jadi terkadang rasa mcm bukan tanak tulis drama kt blog, tapi sememangnya tkder drama sangat. Hahaha.

Tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal drama apa2 sangat, just nak letak beberapa gambar masa I dgn family pergi berkelah di Pantai Puteri Melaka. Mula2 kitaorg pergi Pantai Klebang, nak beli layang2 dulu, lepas tu ke Pantai Puteri sbb rasanya lebih best picnic di Pantai Puteri. Hmmm best memang best, cuma pantai tu pula tak berapa sesuai utk main layang2 sebab banyak pokok. Jadi akhirnya budak-budak ni pon, bila dh nampak air laut, layang2 semua campak tepi. Lain kali jer la ya main layang-layang tu, but definitely not at Pantai Puteri.

picnic pantai puteri melaka 2

Di Pantai Klebang. Singgah beli layang-layang dulu. Tapi akhirnya layang-layang jadi tukun jer. Huhu. Tkder siapa nak main.

Ini adalah pengalaman pertama Kenji ke pantai, Ichiro second time sbb dia dh pergi pantai dekat Sarawak hari tu. Kenji nampak air menonong je jalan masuk air, sampai habis kasut basah. Hehe. Seronok betul dia main pasir, siap rasa sikit pasir tu. Huhu.

Pantai bersih cuma ada banyak benda tajam , macam mata kail dan kaca pecah. Kitaorg pon takut terkena budak, jadi mata alert jer tgk pasir takut ada benda tajam dan tak benarkan budak-budak pergi jauh sangat dari kawasan yang kitaorg dah scan dan agak pasti tkder benda2 yang tajam. Kenapalah orang2 yang tk bertanggungjawab buang benda2 mcm tu dekat pantai? Tak fikir keselamatan orang lain.

picnic pantai puteri melaka 3

Ini budak kicik, tk sempat nak tanggal diaper, dia dah menghamburkan diri ke dalam air. Memang tk sabar2. Haha. First time ni Kenji main kat pantai

Emak bawa bekal nasi lemak dan kuih donut dari rumah. Wah wah memang sedap menambah lemak kebal di badan. Hahaha. Dah la makan tepi pantai memang selera, sejuk dan lapar. Lepas tu beli plak aiskrim, beli for the kids, boleh diaorg makan sket, pastu pakat2 tanak habiskan, kitaorg yang mak2 orang ni nk kena kasi perabis. Siot betul.

picnic pantai puteri melaka 4

Ichiro tunjuk kulit-kulit kerang yang dia kutip. Dia kata “mommy look here, it’s so beautiful mommy”

Lepas habis main dan makan2 tepi pantai, kitaorg kemas2 dan bergerak ke surau kecil utk solat maghrib. Bersih dan terjaga surau tu, imam pon ada. Next time senang, nak camping pon boleh, sbb surau dan toilet memang selesa. Lepas selesai solat maghrib, bergerak ke restoran utk makan malam pula (makan lagi?), lepas dah kenyang makan, boleh plak kakak ajak makan yong tau fu. Arghhhh mmg boleh meletup perut. Tapi layankan sahaja sbb bukan selalu dapat peluang macam ni. Kalau nak berkumpul ramai2 ni, raya pon belum tentu boleh berkumpul serentak. Jadi guna masa bersama keluarga sehabis baik :)

picnic pantai puteri melaka 5

Ni adik I. Tengah berusaha nak naikkan layang-layang. Tapi tk boleh sbb banyak sangat pokok menghalang. Last2 give up dan sambung makan nasi lemak. Hihi.

Semoga tahun ni dimurahkan rezeki, boleh jalan2 jauh sikit dengan family. Aminnnn. Siapa nak ke Pantai Puteri atau Pantai Klebang, meh la datang. Insyallah seronok.

picnic pantai puteri melaka 6

Last but not least, ini gambar masa dalam perjalanan nk ke Pantai Puteri, bukan perjalan balik tau..perjalanan pergi. Mengantuk tk hengat. Haha. Pergi tidur, balik pon tidur dalam kereta

Related Posts with Thumbnails