Tag: mini telekung

0

Telekung Berwarna RABIAH dan Mini Telekung HERA for Sale!

Tadi dah tertidur awal dalam pukul 9 macam tu dan terbangun lebih kurang pukul 12 tgh malam. Jadi sekarang ni, ada tenaga dan mata pon tk mengantuk lagi untuk update blog dan buat kerja2 marketing sikit.

Sebelum start taip entry ni tadi, saya terbaca satu entry di blog seseorang berkenaan aktiviti2 yang mudah dan murah utk dibuat di rumah dengan anak2. Dan disebabkan saya dah hadkan penggunaan iphone utk anak saya Ichiro dan Kenji pula memang saya tak mesrakan dgn iphone langsung, jadi aktiviti harian banyak sekadar main toys dan tgk kartun. Tapi saya rasa tengok kartun pon tk bagus juga (tapi kartun seperti POCOYO sangat bagus utk vocabulary, sbb ichiro banyak belajar vocab dari POCOYO) dan boring, jadi azam tahun ni nak memperbanyakkan aktiviti2 yg menarik di rumah. Insyallah kalau ada kerajinan (memang tk rajin sebenarnya, tapi saya sendiri pon dh bosan tkder aktiviti dgn budak2 ni huhu) akan try blog setiap kali saya buat aktiviti2 yg murah2 di rumah, yg takkan menjadikan rumah seperti dilanda tsunami dan menyebabkan si emak berpeluh menitik2 (tapi berpeluh bagus utk kurus). Hihihi. Jadi weekend ni, nak siap2kan barang2 utk buat aktiviti di rumah. Berusahalah!

Panjang mukadimah hahah, sebenarnya saya ada readystock produk2 Nilam Boutique KL seperti telekung berwarna Rabiah dan mini telekung Hera yang berwarna hitam, sangat cantik dan ekslusif serta tidak begitu menyerlah sehingga terasa over pula memakainya. Saya dah design baekkk punya, ekslusif, cantik dan berpada2, insyallah :) Siapa berminat boleh contact saya di sini ok http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/

telekung berwarna rabiah plum with pink lace copy

mini telekung HERA berwarna hitam dengan renda coklat 4

Jangan lupa “follow” Nilam Boutique KL di “social media”

0

Selamat Tahun Baru & Tempahan Jahit Telekung Berwarna

telekung berwarna rabiah lavender pink laceAlhamdullilah selepas lama juga tutup tempahan disebabkan ada masalah dgn produksi, saya kembali semula menerima tempahan untuk menjahit telekung, terutama sekali telekung berwarna. Telekung putih pon ada juga. Design pula terhad kepada telekung RABIAH, mini telekung HERA dan tudung selendang segera LELASARI.

HERA tu baru lagi diperkenalkan, saya pon tk ada lagi gambar yg formal, ada gambar mak mertua saya sahaja yang saya sempat siapkan mini telekung Hera itu utk dia sebelum dia berlepas ke tanah haram utk mengerjakan umrah 2 minggu lepas. Yang mak mertua saya pakai tu adalah versi percubaan, jadi saya tak begitu berani nak bermain dgn warna kerana takut mama saya tk berapa suka, jadi saya buat yang simple sahaja dan mini telekung tu saya hiasi sedikit dgn batu2 rhinestone untuk nampak lebih menarik. Insyallah nnt kalau ada gambar yang lebih jelas saya akan masukkan ke blog segera ya.

mini telekung HERA mekah

mini telekung HERA mekah-3

LELASARI pula saya ingin ubah sedikit rekaannya, utk jadi lebih mudah dipakai tanpa menggunakan brooch di bawah dagu (kepada sesiapa yang tidak tahu, Lelasari ialah selendang chiffon segera dimana cara memakainya adalah mudah sekadar disarung tanpa perlu menggunakan pin) Insyallah nanti kita lihat hasil r&d ya. Tapi rekaan LELASARI yang sekarang ini pon dah cukup mudah utk dipakai sebenarnya, sekadar sarung dan sematkan satu brooch di kepala sudah memadai. Saya sangat gemarkan instant shawl lelasari (bukan kerana saya yg merekanya dan menjualnya, tetapi memang kerana ianya sangat sangat mudah utk dipakai) , sehinggakan saya sudah berhenti membeli tudung2 atau selendang2 lain, dan cuma memakai lelasari sahaja. Saya ada dalam 15 tudung lelasari rasanya. Tetapi saya kurang sedikit menjual lelasari kerana beberapa masalah , jadi oleh kerana ada permintaan dari pelanggan untuk menempah lelasari, jadi saya terfikir untuk menerima tempahan menjahit lelasari juga (sebelum ini, saya cuma menjual ready made stock sahaja)

Tudung Lelasari Instant Shawl Red Black ButterflyOk itu sahaja pengumuman berkenaan Nilam Boutique buat masa ini. Nanti saya umumkan tawaran pakej umrah dengan MR Travel & Services. Sesiapa yang beli pakej umrah Silver atau Gold dgn MR Travel & Services dan memberikan nama Nilam Boutique KL sebagai introducer, akan mendapat mini telekung HERA secara percuma utk setiap pakej yang dibeli (silver atau gold sahaja) Menarik tak? Ok nnt kita esok lusa kita bicara tentang itu ya.

Buat masa ini, cukup setakat ini sbb dah malam, Selamat Tahun Baru kepada semua. Harapan saya, di harap tahun ini tidaklah habis terlalu cepat sehingga tidak disedari oleh kita. Semoga kita semua mampu utk penuhi setiap detik waktu dengan perkara2 yang bermanfaat dan mendatangkan pahala, dengan itu insyallah masa tidak habis terlalu cepat dan disia-siakan oleh kita. Semoga beroleh kejayaan kepada semua. Insyallah.

Related Posts with Thumbnails