Comments

Berkelah di Pantai Puteri Melaka

picnic pantai puteri melaka 0

My baby (at the moment la dia paling baby) Dawud Kenji

A friend of mine told me “eh bosan lah blog si toot tu, asyik tulis pasal bisnes dan kekayaan dia jer, tak macam blog dia dulu2. Bosan sbb dah tkder drama kt blog dia”

Ok I bukan nak komplen pasal si penulis tu dh berubah cara penulisan, tapi I tersentap bila my friend said blog tu dah bosan sbb dah tkder drama. Sebab rasanya blog I ni pon dah tk ada drama. Hahaha. Sorry lah, disebabkan tuntutan kerja, memang otak ni asyik fikir kerja dan bisnes sahaja. Jadi bila nak update blog jer, entry2 yang berkaitan bisnes didahulukan, sbb nak cari masa nak menulis blog lagi bukan senang, jadi nak kena utamakan benda yang penting dulu.

picnic pantai puteri melaka 1

Tolong adik Kenji gali kolam

Pasal drama kehidupan dan keluarga juga penting, namun ianya tidak lah sepenting sehingga nak diceritakan kepada semua orang kan? :) Tapi ada betulnya juga, blog pon kena ada drama. My life ni a bit straight forward, rutin adalah rutin. Jadi terkadang rasa mcm bukan tanak tulis drama kt blog, tapi sememangnya tkder drama sangat. Hahaha.

Tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal drama apa2 sangat, just nak letak beberapa gambar masa I dgn family pergi berkelah di Pantai Puteri Melaka. Mula2 kitaorg pergi Pantai Klebang, nak beli layang2 dulu, lepas tu ke Pantai Puteri sbb rasanya lebih best picnic di Pantai Puteri. Hmmm best memang best, cuma pantai tu pula tak berapa sesuai utk main layang2 sebab banyak pokok. Jadi akhirnya budak-budak ni pon, bila dh nampak air laut, layang2 semua campak tepi. Lain kali jer la ya main layang-layang tu, but definitely not at Pantai Puteri.

picnic pantai puteri melaka 2

Di Pantai Klebang. Singgah beli layang-layang dulu. Tapi akhirnya layang-layang jadi tukun jer. Huhu. Tkder siapa nak main.

Ini adalah pengalaman pertama Kenji ke pantai, Ichiro second time sbb dia dh pergi pantai dekat Sarawak hari tu. Kenji nampak air menonong je jalan masuk air, sampai habis kasut basah. Hehe. Seronok betul dia main pasir, siap rasa sikit pasir tu. Huhu.

Pantai bersih cuma ada banyak benda tajam , macam mata kail dan kaca pecah. Kitaorg pon takut terkena budak, jadi mata alert jer tgk pasir takut ada benda tajam dan tak benarkan budak-budak pergi jauh sangat dari kawasan yang kitaorg dah scan dan agak pasti tkder benda2 yang tajam. Kenapalah orang2 yang tk bertanggungjawab buang benda2 mcm tu dekat pantai? Tak fikir keselamatan orang lain.

picnic pantai puteri melaka 3

Ini budak kicik, tk sempat nak tanggal diaper, dia dah menghamburkan diri ke dalam air. Memang tk sabar2. Haha. First time ni Kenji main kat pantai

Emak bawa bekal nasi lemak dan kuih donut dari rumah. Wah wah memang sedap menambah lemak kebal di badan. Hahaha. Dah la makan tepi pantai memang selera, sejuk dan lapar. Lepas tu beli plak aiskrim, beli for the kids, boleh diaorg makan sket, pastu pakat2 tanak habiskan, kitaorg yang mak2 orang ni nk kena kasi perabis. Siot betul.

picnic pantai puteri melaka 4

Ichiro tunjuk kulit-kulit kerang yang dia kutip. Dia kata “mommy look here, it’s so beautiful mommy”

Lepas habis main dan makan2 tepi pantai, kitaorg kemas2 dan bergerak ke surau kecil utk solat maghrib. Bersih dan terjaga surau tu, imam pon ada. Next time senang, nak camping pon boleh, sbb surau dan toilet memang selesa. Lepas selesai solat maghrib, bergerak ke restoran utk makan malam pula (makan lagi?), lepas dah kenyang makan, boleh plak kakak ajak makan yong tau fu. Arghhhh mmg boleh meletup perut. Tapi layankan sahaja sbb bukan selalu dapat peluang macam ni. Kalau nak berkumpul ramai2 ni, raya pon belum tentu boleh berkumpul serentak. Jadi guna masa bersama keluarga sehabis baik :)

picnic pantai puteri melaka 5

Ni adik I. Tengah berusaha nak naikkan layang-layang. Tapi tk boleh sbb banyak sangat pokok menghalang. Last2 give up dan sambung makan nasi lemak. Hihi.

Semoga tahun ni dimurahkan rezeki, boleh jalan2 jauh sikit dengan family. Aminnnn. Siapa nak ke Pantai Puteri atau Pantai Klebang, meh la datang. Insyallah seronok.

picnic pantai puteri melaka 6

Last but not least, ini gambar masa dalam perjalanan nk ke Pantai Puteri, bukan perjalan balik tau..perjalanan pergi. Mengantuk tk hengat. Haha. Pergi tidur, balik pon tidur dalam kereta

Comments

Berbelanja & Menjana Pendapatan Jutawan dengan "Smart Consumer plan"

Sebenarnya dah lama sangat saya “tergendala” nak tulis entry tentang Smart Consumer ni, sebab terlalu sibuk dgn menghidupkan kehidupan (hehe) Malam pula saya nak cuba mengurangkan aktiviti berjaga malam sebab sebenarnya berjaga malam ni memang tk bagus untuk kesihatan. Dulu ada terbaca dalam suratkhabar tentang orang yg berjaga malam atau kerja shift malam ni cepat mati (tak tipu ok). Itu dah cukup bagus utk membuatkan saya insaf sekejap (tapi lepas tu buat balik berjaga malam, biasalah melayu mudah lupa hoho) Baru-baru ini terjumpa plak info ilmiah berkenaan tidur lambat dan tutup lampu ketika tidur dari sudut islamik. Hah! Lagi lah mengesahkan tentang org tidur lambat cepat mati. Nanti saya tulis pasal tu dalam entry yang lain ok. Entry yang ni saya nk cerita macam mana nk buat duit sambil berbelanja (berbelanja barang2 yang penting yang kita guna hari-hari, bukan belanja barang yg tk perlu atau barang yang tidak berkualiti)

Saya rasa nak terangkan tentang “Smart Consumer” ini dalam bentuk poin supaya lagi mudah faham (sbb saya sendiri rasa nk muntah baca info kalau panjang2 dan dalam bentuk ayat)

Sebenarnya plan ini adalah gabungan antara Cosway dan Epic (sebuah syarikat dari US yang baru dilancarkan) Jadi dengan gabungan Epic (yg menyediakan plan pemasaran dan pendapatan yang menguntungkan) serta Cosway (yang menyediakan ribuan jenis produk untuk dibeli) , ternyata ini adalah satu gabungan yang sangat mantap dan masuk akal. Saya katakan di sini masuk akal kerana setiap bulan apabila kita membeli barangan nanti, akan ada ribuan jenis produk yang menanti untuk dibeli jadi kita tk perlu terkulat2 nak habiskan produk yang sama sahaja setiap bulan. Kebanyakkan syarikat jualan langsung tidak mempunyai range produk yang luas, jadi setiap bulan pasti ada lebihan produk yang kita terpaksa beli demi utk mencukupkan poin. Tetapi dgn Cosway tidak perlu takut, kita ada byk produk dari ubat nyamuk natural, sampai lah ke tapis air, semua kita ada :) Jadi produk yg kita beli pasti habis digunakan sendiri setiap bulan. Betul kan?

epic launch columbia, russia, mexico

Cosway Epic sudah dilancarkan dibeberapa buah negara (di negara2 yang ada kedai Cosway) bermula bulan November  2013. Sepatutnya Malaysia pon dah mula tapi ditunda sehingga ke 16 February  2014. Jadi amik kesempatan ini utk berdaftar dgn saya sekarang dan jadi antara orang pertama yang mendapat pendapatan RM6000 atau lebih lagi seminggu :)

ecosway epic Slide04Apa itu Smart Consumer?

Smart Consumer adalah satu plan di mana kita menjadi pengguna bijak. PENGGUNA BIJAK bermakna kita boleh meninggikan nilai wang yang kita ada dengan membeli barang-barang keperluan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan dan kemudian boleh menjana pendapatan pada masa yang sama.

Jika kita masih lagi berbelanja beratus2 setiap bulan membeli barang keperluan peribadi dan keperluan rumah serta kereta, tetapi tidak mendapat apa2 ganjaran dari pembelian tersebut dan ditambah pula dengan kos kehidupan yang semakin tinggi, kita adalah pengguna yang TIDAK BIJAK. Sekiranya mahu menjadi pengguna bijak mari sertai kami dan jadilah Smart Consumer.

ecosway epic Slide03
Kenapa Smart Consumer plan ini sangat bagus?
✓ Kerana kita adalah lebih kepada utk mengajak kawan/prospek untuk menjadi smart consumer (iaitu pengguna bijak) dan bukan menjual barangan semata. Kita tidak perlu menjual barang. apa yang perlu kita lakukan cuma mengajak kawan2 atau sesiapa sahaja bertukar kepada pelbagai barangan cosway dan menikmati produk2 yang berkualiti tinggi dgn harga yang berpatutan.
✓ Jadi tidak perlu risau utk menjual barangan, kerana plan ini menitik beratkan penggunaan barang2 cosway secara sendiri dan repeat sales setiap bulan.

ecosway epic Slide05
Apakah perkara-perkara / tugasan yang harus dilakukan utk menjana pendapatan?
✓ Bertukar kepada barang2 cosway dan epic, dan berbelanja sekitar RM300 sebulan setiap bulan
✓ Memperkenalkan 2 orang rakan yang juga ingin bertukar kepada barang2 cosway dan berbelanja barang2 harian dan rumah sebanyak RM300 sebulan setiap bulan

ecosway epic Slide07

ecosway epic Slide11
Berapakah modal awal utk menyertai plan ini?
✓ RM100 utk pendaftaran sebagai Business Owner
✓ RM350 atau RM1200 modal awal untuk memulakan plan ini. Akan dapat barangan yang bernilai RM350 atau RM1200 . Sekiranya memilih utk membayar sebanyak RM1200, pakej pendapatan adalah maximum, dan sekiranya kalau pilih RM350 pakej pendapatan adalah sederhana.
✓ Modal awal ini (RM350 atau RM1200) cuma di bayar sekali sahaja

Siapakah yang perlu menyertai program ini?
✓ Surirumah yang tidak bekerja dan yg menguruskan pembelian barang2 di dalam rumah. Dengan ada plan ini, surirumah bolehlah menyenaraikan barang2 yang boleh ditukar kepada barang cosway atau epic
✓ Wanita yang suka bekerja dari rumah menggunakan internet. Walaupon masih di dalam perancangan, tetapi di UK dan US, smart consumer plan memang sudah dilancarkan dan sudah menggunakan internet secara live untuk urusan pembelian dan pendaftaran Business Owner baru. Sistem yang sama akan digunakan utk Malaysia dan negara2 lain
✓ Pelanggan cosway sedia ada yang sudah lama menggunakan barang2 cosway, sudah tiba masanya utk mereka menjana income dari perbelanjaan mereka. Ajak mereka utk sertai ecosway sebagai business owner
✓ Student ataupun wanita2 yang bekerja di ofis yang suka berkongsi akaun cosway utk membeli barang2 cosway. Kerana total pembelian mereka setiap bulan pasti akan melebih RM300, jadi ajak salah seorang dari mereka utk menyertai program ini.

ecosway epic Slide16
Pendapatan
✓ Pendapatan secara mingguan
✓ Jika berdasarkan pakej RM1200 , pada minggu keempat (sekiranya network berkembang dgn lancar) kita sudah boleh mendapat semula modal RM1200 itu malahan lebih lagi.
✓ Dan sekiranya dalam masa sebulan kita cuma dapat cari seorang, tetapi “consistent” selama setahun (bermaksud 12 orang setahun), insyallah pendapatan kita akan lebih stabil dan lumayan. Jadi tidak perlu takut utk terburu2 mencari ahli baru (tetapi lebih cepat lebih bagus) sebab kita ada ruang masa yang luas utk semua ahli mencari dan memperkenalkan bisnes ini kepada sesiapa yang berminat.

Amacam best tak? Kalau ada pertanyaan sms me 0126737765 (handphone ni tk ada whatsapp ya harap maklum) atau boleh email saya di sini http://www.mrmrsimran.com/contact-us/ Pendaftaran dah dibuka sekarang, tapi kita cuma akan bermula pertengahan bulan February nnt. Jadi masih ada masa untuk memperkenalkan plan ini kepada kawan-kawan atau keluarga. Plan yang bagus, win-win. Kita tk paksa beli barang yang tidak digunakan mahupon barang yang harganya ribuan ringgit, jadi tk perlu risau ya. RM300 sebulan kita kena spend tu boleh merangkumi banyak jenis barang seperti sabun, ubat gigi, sabun cuci pinggan, produk kecantikkan muka, suplemen, barangan bayi, barangan pencuci kereta, minyak pelincir kereta, aerosol nk bunuh serangga pon ada, ubat nyamuk pon ada. Semua pon ada! Boleh campur2 semua barang utk cukup RM300 ok. Bukan kena beli 1 jenis barang sampai 10 set.

Comments

Cara-cara Menunaikan Solat Sunat Dhuha

Solat sunat yang sesuai untuk menjemput rezeki adalah solat sunat dhuha. Dulu saya tak pernah fikir secara serius tentang kepentingan solat sunat dhuha ini, tapi yang bagusnya bila saya mula bekerja sendiri dan berniaga sendiri, rasa insaf mula terbit dan rasa betapa Allah la satu-satunya pemberi rezeki, buat saya terpanggil untuk berusaha mendirikan ibadat sunat yang satu ini (sebab itu ajaran agama Islam menggalakkan umat Islam untuk berniaga, supaya kita tidak tersasar dan sentiasa akur kepada kenyataan bahawa Allah lah pemberi rezeki)

Jadi saya nak share cara-cara untuk menunaikan solat sunat dhuha. Kesemua ini saya copy dari blog Shafiqolbu

 solat-sunat-dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

1.  Niatnya:

niat-solat-sunat-dhuha-rumi

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

tasbih-solat-sunat-dhuha-rumi

4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

zikir-majmuk-dhuha

5.  Berdoa

doa-solat-sunat-dhuha-1

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

 

Comments

Telekung Berwarna RABIAH dan Mini Telekung HERA for Sale!

Tadi dah tertidur awal dalam pukul 9 macam tu dan terbangun lebih kurang pukul 12 tgh malam. Jadi sekarang ni, ada tenaga dan mata pon tk mengantuk lagi untuk update blog dan buat kerja2 marketing sikit.

Sebelum start taip entry ni tadi, saya terbaca satu entry di blog seseorang berkenaan aktiviti2 yang mudah dan murah utk dibuat di rumah dengan anak2. Dan disebabkan saya dah hadkan penggunaan iphone utk anak saya Ichiro dan Kenji pula memang saya tak mesrakan dgn iphone langsung, jadi aktiviti harian banyak sekadar main toys dan tgk kartun. Tapi saya rasa tengok kartun pon tk bagus juga (tapi kartun seperti POCOYO sangat bagus utk vocabulary, sbb ichiro banyak belajar vocab dari POCOYO) dan boring, jadi azam tahun ni nak memperbanyakkan aktiviti2 yg menarik di rumah. Insyallah kalau ada kerajinan (memang tk rajin sebenarnya, tapi saya sendiri pon dh bosan tkder aktiviti dgn budak2 ni huhu) akan try blog setiap kali saya buat aktiviti2 yg murah2 di rumah, yg takkan menjadikan rumah seperti dilanda tsunami dan menyebabkan si emak berpeluh menitik2 (tapi berpeluh bagus utk kurus). Hihihi. Jadi weekend ni, nak siap2kan barang2 utk buat aktiviti di rumah. Berusahalah!

Panjang mukadimah hahah, sebenarnya saya ada readystock produk2 Nilam Boutique KL seperti telekung berwarna Rabiah dan mini telekung Hera yang berwarna hitam, sangat cantik dan ekslusif serta tidak begitu menyerlah sehingga terasa over pula memakainya. Saya dah design baekkk punya, ekslusif, cantik dan berpada2, insyallah :) Siapa berminat boleh contact saya di sini ok http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/

telekung berwarna rabiah plum with pink lace copy

mini telekung HERA berwarna hitam dengan renda coklat 4

Jangan lupa “follow” Nilam Boutique KL di “social media”

Comments

Sponsored Video: Toyota - Dream Car Art Contest - Malaysia

toyota dream car art contest

Hi, Toyota is currently having a contest for anyone in this country (Malaysia) who aged 15 years old and younger. The contest is pretty simple, the kids just need to draw a picture of their dream car with suitable backgrounds to support the idea.

Entry Guidelines

  • Entry period    September 2013 – end of March 2014. The 8th Toyota Dream Car Art Contest is open.
  • Eligibility    The contest is open to anyone in these countries, aged 15 years old or younger.
  • Age categories    7 years old and under; 8-11 years old; 12-15 years old.
  • Theme    “Your Dream Car”
  • What can I use to create my artwork?    You can use any standard drawing medium you like. Perhaps you could try coloring pencils, crayons, watercolors or markers Our only restriction is that you don’t use digital tools to create your artwork.
  • Your task    We’re looking for hand-drawn colorful artwork, which shows “Your Dream Car”. Remember to include a background that supports your idea. Your picture could be seen all over the world, so make sure people from different cultures will be able to understand it.
  • Artwork size    Please try and use A3 paper for your artwork (that’s 420 x 297mm). If you can’t get a piece of A3 paper, between 420-450mm (16.5-18in) and 270-300mm (11-12in) is fine.

The contest timeline and requirements may vary in different countries or regions. Please confirm the contest details with the TOYOTA distributor in the country or region of your residence.

Parents can check full entry information and entry guidelines here http://www.toyota-global.com/events/dream_car_art_contest/entry.html

Show More: 1234567...223224