Comments

My New Gadget! Brother 3034D Serger Machine

Brother3034d

Iyahhhhhh krup krup krup (bunyi tulang jari jemari) Wahh gila lamaaaaaa tak update blog, my last update was for MH370. That was like more than a month ago. The ill fated plane still has not been found yet, pray for the best.

Thousand apologies, for abandoning this blog, I am too preoccupied with my current obsession….SEWING!! Haha finally , daftar masuk kelas menjahit. I should have enrolled longggg ago. Better late than never. Ingat lagi ada la sapa tah, perli I kt blog ni, kata I fashion designer cokia sbb tak tahu menjahit. Well, I would like to thank that lady (I believed she’s a lady) for leaving such comment in my blog, sbb her comment did motivate me to learn more about sewing. Big thanks to you stranger! Really appreciate your mean comment. Hehehe.

Tujuan utama belajar menjahit bukanlah utk mengambil tempahan, tetapi lebih kepada untuk “backup plan” , sbg contoh kalau tiba-tiba tailor2 saya ada emergency atau masalah kesihatan tidak dapat jahit, tidaklah production terhenti terus, saya masih boleh keluarkan produk ataupon sambung siapkan kerja2 yang terhenti itu.

Tetapi kalau nanti ada cara ada kelapangan, saya berkemungkinan akan mengambil tempahan juga. Tetapi yg pasti adalah sangat limited kuantiti tempahan yg akan saya ambil utk sebulan, kerana utk menjaga kualiti (ye saya jahit sgt lambat) dan juga saya nak kasi ruang utk benda2 lain boleh dilakukan juga, jadi tk boleh ambill banyak sgt orders. Insyallah nnt saya kongsikan gambar2 jahitan saya. Setakat ini saya dh jahit kurung moden, kurung biasa dan 6 panel skirt.

Oh selain itu, just bought a new serger machine. So excited! I can now do the narrow roll hem (normally seen on shawl edges) Yay! Sesiapa nak hantar jahit tepi biasa dan jahit tepi halus di area PJ/Kelana Jaya boleh lah hantar to me ya. Utk jahit tepi halus harga ialah RM1.20 semeter (minimum 4 meter utk setiap kali jahit) dan utk jahit tepi biasa warna hitam atau putih cuma RM0.80 sen semeter Saya tak guna benang polyester yg bulu2 dan senang sangkut tu, saya guna benang nylon yang sama dgn benang jahit baju biasa, lebih tahan lebih cantik.

Ini adalah contoh hasil jahitan mesin jahit tepi Brother 3034D , to those who are interested to buy this, harga ialah RM1300. Memang mahal machine2 ni, tapi berbaloi beli dan cuma peminat2 jahitan jer yg tahu feeling bila ada mesin jahit yg bagus dan boleh jahit cantik. Heee.

serger brother 3034D 2

Contoh jahit tepi biasa

serger brother 3034D 1

Contoh jahit tepi halus

Ok sambung next time ok.

Comments

Pray for MH370

mh370

Comments

Berkelah di Pantai Puteri Melaka

picnic pantai puteri melaka 0

My baby (at the moment la dia paling baby) Dawud Kenji

A friend of mine told me “eh bosan lah blog si toot tu, asyik tulis pasal bisnes dan kekayaan dia jer, tak macam blog dia dulu2. Bosan sbb dah tkder drama kt blog dia”

Ok I bukan nak komplen pasal si penulis tu dh berubah cara penulisan, tapi I tersentap bila my friend said blog tu dah bosan sbb dah tkder drama. Sebab rasanya blog I ni pon dah tk ada drama. Hahaha. Sorry lah, disebabkan tuntutan kerja, memang otak ni asyik fikir kerja dan bisnes sahaja. Jadi bila nak update blog jer, entry2 yang berkaitan bisnes didahulukan, sbb nak cari masa nak menulis blog lagi bukan senang, jadi nak kena utamakan benda yang penting dulu.

picnic pantai puteri melaka 1

Tolong adik Kenji gali kolam

Pasal drama kehidupan dan keluarga juga penting, namun ianya tidak lah sepenting sehingga nak diceritakan kepada semua orang kan? :) Tapi ada betulnya juga, blog pon kena ada drama. My life ni a bit straight forward, rutin adalah rutin. Jadi terkadang rasa mcm bukan tanak tulis drama kt blog, tapi sememangnya tkder drama sangat. Hahaha.

Tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal drama apa2 sangat, just nak letak beberapa gambar masa I dgn family pergi berkelah di Pantai Puteri Melaka. Mula2 kitaorg pergi Pantai Klebang, nak beli layang2 dulu, lepas tu ke Pantai Puteri sbb rasanya lebih best picnic di Pantai Puteri. Hmmm best memang best, cuma pantai tu pula tak berapa sesuai utk main layang2 sebab banyak pokok. Jadi akhirnya budak-budak ni pon, bila dh nampak air laut, layang2 semua campak tepi. Lain kali jer la ya main layang-layang tu, but definitely not at Pantai Puteri.

picnic pantai puteri melaka 2

Di Pantai Klebang. Singgah beli layang-layang dulu. Tapi akhirnya layang-layang jadi tukun jer. Huhu. Tkder siapa nak main.

Ini adalah pengalaman pertama Kenji ke pantai, Ichiro second time sbb dia dh pergi pantai dekat Sarawak hari tu. Kenji nampak air menonong je jalan masuk air, sampai habis kasut basah. Hehe. Seronok betul dia main pasir, siap rasa sikit pasir tu. Huhu.

Pantai bersih cuma ada banyak benda tajam , macam mata kail dan kaca pecah. Kitaorg pon takut terkena budak, jadi mata alert jer tgk pasir takut ada benda tajam dan tak benarkan budak-budak pergi jauh sangat dari kawasan yang kitaorg dah scan dan agak pasti tkder benda2 yang tajam. Kenapalah orang2 yang tk bertanggungjawab buang benda2 mcm tu dekat pantai? Tak fikir keselamatan orang lain.

picnic pantai puteri melaka 3

Ini budak kicik, tk sempat nak tanggal diaper, dia dah menghamburkan diri ke dalam air. Memang tk sabar2. Haha. First time ni Kenji main kat pantai

Emak bawa bekal nasi lemak dan kuih donut dari rumah. Wah wah memang sedap menambah lemak kebal di badan. Hahaha. Dah la makan tepi pantai memang selera, sejuk dan lapar. Lepas tu beli plak aiskrim, beli for the kids, boleh diaorg makan sket, pastu pakat2 tanak habiskan, kitaorg yang mak2 orang ni nk kena kasi perabis. Siot betul.

picnic pantai puteri melaka 4

Ichiro tunjuk kulit-kulit kerang yang dia kutip. Dia kata “mommy look here, it’s so beautiful mommy”

Lepas habis main dan makan2 tepi pantai, kitaorg kemas2 dan bergerak ke surau kecil utk solat maghrib. Bersih dan terjaga surau tu, imam pon ada. Next time senang, nak camping pon boleh, sbb surau dan toilet memang selesa. Lepas selesai solat maghrib, bergerak ke restoran utk makan malam pula (makan lagi?), lepas dah kenyang makan, boleh plak kakak ajak makan yong tau fu. Arghhhh mmg boleh meletup perut. Tapi layankan sahaja sbb bukan selalu dapat peluang macam ni. Kalau nak berkumpul ramai2 ni, raya pon belum tentu boleh berkumpul serentak. Jadi guna masa bersama keluarga sehabis baik :)

picnic pantai puteri melaka 5

Ni adik I. Tengah berusaha nak naikkan layang-layang. Tapi tk boleh sbb banyak sangat pokok menghalang. Last2 give up dan sambung makan nasi lemak. Hihi.

Semoga tahun ni dimurahkan rezeki, boleh jalan2 jauh sikit dengan family. Aminnnn. Siapa nak ke Pantai Puteri atau Pantai Klebang, meh la datang. Insyallah seronok.

picnic pantai puteri melaka 6

Last but not least, ini gambar masa dalam perjalanan nk ke Pantai Puteri, bukan perjalan balik tau..perjalanan pergi. Mengantuk tk hengat. Haha. Pergi tidur, balik pon tidur dalam kereta

Comments

Cara-cara Menunaikan Solat Sunat Dhuha

Solat sunat yang sesuai untuk menjemput rezeki adalah solat sunat dhuha. Dulu saya tak pernah fikir secara serius tentang kepentingan solat sunat dhuha ini, tapi yang bagusnya bila saya mula bekerja sendiri dan berniaga sendiri, rasa insaf mula terbit dan rasa betapa Allah la satu-satunya pemberi rezeki, buat saya terpanggil untuk berusaha mendirikan ibadat sunat yang satu ini (sebab itu ajaran agama Islam menggalakkan umat Islam untuk berniaga, supaya kita tidak tersasar dan sentiasa akur kepada kenyataan bahawa Allah lah pemberi rezeki)

Jadi saya nak share cara-cara untuk menunaikan solat sunat dhuha. Kesemua ini saya copy dari blog Shafiqolbu

 solat-sunat-dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

1.  Niatnya:

niat-solat-sunat-dhuha-rumi

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;

ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;

iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.

b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.

ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

tasbih-solat-sunat-dhuha-rumi

4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:

zikir-majmuk-dhuha

5.  Berdoa

doa-solat-sunat-dhuha-1

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).

 

Comments

Telekung Berwarna RABIAH dan Mini Telekung HERA for Sale!

Tadi dah tertidur awal dalam pukul 9 macam tu dan terbangun lebih kurang pukul 12 tgh malam. Jadi sekarang ni, ada tenaga dan mata pon tk mengantuk lagi untuk update blog dan buat kerja2 marketing sikit.

Sebelum start taip entry ni tadi, saya terbaca satu entry di blog seseorang berkenaan aktiviti2 yang mudah dan murah utk dibuat di rumah dengan anak2. Dan disebabkan saya dah hadkan penggunaan iphone utk anak saya Ichiro dan Kenji pula memang saya tak mesrakan dgn iphone langsung, jadi aktiviti harian banyak sekadar main toys dan tgk kartun. Tapi saya rasa tengok kartun pon tk bagus juga (tapi kartun seperti POCOYO sangat bagus utk vocabulary, sbb ichiro banyak belajar vocab dari POCOYO) dan boring, jadi azam tahun ni nak memperbanyakkan aktiviti2 yg menarik di rumah. Insyallah kalau ada kerajinan (memang tk rajin sebenarnya, tapi saya sendiri pon dh bosan tkder aktiviti dgn budak2 ni huhu) akan try blog setiap kali saya buat aktiviti2 yg murah2 di rumah, yg takkan menjadikan rumah seperti dilanda tsunami dan menyebabkan si emak berpeluh menitik2 (tapi berpeluh bagus utk kurus). Hihihi. Jadi weekend ni, nak siap2kan barang2 utk buat aktiviti di rumah. Berusahalah!

Panjang mukadimah hahah, sebenarnya saya ada readystock produk2 Nilam Boutique KL seperti telekung berwarna Rabiah dan mini telekung Hera yang berwarna hitam, sangat cantik dan ekslusif serta tidak begitu menyerlah sehingga terasa over pula memakainya. Saya dah design baekkk punya, ekslusif, cantik dan berpada2, insyallah :) Siapa berminat boleh contact saya di sini ok http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/

telekung berwarna rabiah plum with pink lace copy

mini telekung HERA berwarna hitam dengan renda coklat 4

Jangan lupa “follow” Nilam Boutique KL di “social media”

Show More: 123456...222223