Uncategorized

Comments

Misteri Kehilangan Siti Aishah Wahab Selama 30 Tahun Terbongkar (Bahagian 1)

aishah-abdul-wahab

The beautiful and young Siti Aishah Wahab

Saya sangat suka kisah2 misteri, samada fiksyen ataupun kisah benar. Tapi kalau misteri yang melibatkan kisah benar, bagi saya lebih menarik dan lebih membuka mata saya tentang kehidupan. Saya sekarang ini sangat berminat mengikuti kisah Siti Aishah Wahab yang dikatakan menjadi “hamba” selama 30 tahun di London. Setiap malam saya menghabiskan banyak juga masa membaca rentetan kisah Siti Aishah ini.

Malaysian slave story london maoist

Gambar Siti Aishah ketika masih muda, iaitu mungkin semasa masih bersekolah di Kolej Tunku Kurshiah dan ketika ingin melanjutkan pelajaran di dalam jurusan “Quantity Surveyor” di London. Siti Aishah adalah seorang pelajar pintar yang telah berjaya mendapat biasiswa komanwel dan terbang ke London dengan harapan untuk belajar dan bekerja bersama keluarga di sana. Namun tujuannya murninya ke sana telah terpesong apabila terlalu asyik berpolitik fahaman kiri yang menyebabkan dia tidak menghabiskan pengajian, malah menghilangkan diri sehingga tidak dapat dikesan oleh sesiapa.

Kisah penemuan Siti Aishah Wahab disebuah rumah yang dikatakan menyimpan dia bersama dengan 2 lagi wanita warganegara Ireland dan Britain adalah sangat unik dan sangat memeranjatkan. Bagi sesiapa yang tak tahu lagi cerita hujung pangkal, mari kita sama-sama mengikuti kronologi tentang kisah Siti Aishah Wahab , yang kini berusia 69 tahun. Dia telah dikatakan menghilangkan diri di London dan memutuskan hubungan dengan keluarga pada tahun 70an kerana mengikuti kumpulan haluan kiri komunis.

1) Salah seorang dari 3 wanita yang tinggal bersama dengan “captors” mereka iaitu Aravindan Balakrishnan atau lebih dikenali dgn gelaran “Comrade” Bala dan isterinya Chanda, telah menelefon “Freedom Charity” dan membuat dakwaan yang dia bersama lagi 2 rakan telah disimpan tanpa kerelaan selama 30 tahun! Seterusnya bermulalah episod mereka diselamatkan dari tahanan Bala dan Chanda dan dilaporkan oleh media massa menjadi “hamba” kepada 2 pasangan ini (saya tidak bersetuju dgn dakwaan media yang mengatakan mereka ini adalah hamba, kerana mereka tidak langsung kelihatan seperti hamba, nnt boleh lihat gambar di bawah)

siit aisyah-london-slaves-30 years

Rumah di mana Siti Aisyah 69 tahun dan 2 lagi rakan ditemui

2) Identiti Siti Aishah (warganegara Malaysia) dan rakan-rakannya di rahsiakan oleh pihak berkuasa Britain di atas sebab2 keselamatan dan juga di atas permintaan “mangsa” sendiri

3) Saya telah menulis status di Facebook di mana saya terfikir, adakah masih ada keluarga Aishah yang masih mengingati dan mencari Siti Aishah ini? Dan pertanyaan saya terjawab apabila kakak kepada Siti Aishah telah muncul di akhbar dan mengatakan ada kemungkinan salah seorang mangsa yang diselamatkan itu adalah Siti Aishah yang hilang lama dahulu di London kerana mengikuti fahaman kiri dan menjadi ahli¬† yang diketuai oleh “Comrade Bala” Boleh baca berita penuh di sini http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10475687/Exclusive-interview-I-can-heal-Malaysian-slave-says-sister.html

4) Siti Aishah ke London pada tahun 1968 bertemankan tunangnya iaitu Omar Munir, tetapi akibat terlalu berfahaman politik sesat yang melampau, tunangnya telah menasihati dan mengajaknya utk keluar dari kumpulan Maoist, namun tentangan itu dilihat seperti suatu ancaman oleh Comrade Bala, dan Bala telah menyebabkan Siti Aishah memutuskan pertunangannya dengan Omar Munir dan membuang cincin pertunangan mereka ke River Thames (how sad eh? Omar Munir sekarang jika tidak silap telah bergelar Professor dan dia bersyukur dengan penemuan Siti Aisyah ini)

COMRADE-BALA_siti aisyah-josephine

Bala (lelaki yang dikatakan telah memanipulasi Aishah untuk menyertai pergerakkan haram mereka) Kelihatan di dalam gambar adalah Siti Aishah 69thn dan Josephine 57thn. Gambar di ambil ketika mereka keluar untuk membeli barang-barang keperluan harian (adakah mereka kelihatan seperti “hamba” yang diseksa? dan dikurung?)

5) Semasa di London, Siti Aishah ada melawat rumah adiknya di sana bersama2 dengan Bala (ketuanya) dan seorang lagi perempuan lain. Pada ketika itu mereka sentiasa memakai uniform sweater yang ada logo kumpulan Maoist. Dan oleh kerana fahaman komunis Siti Aishah sudah terlalu menular di dalam dirinya, ketika lawatan ke rumah adiknya, Siti Aishah ada bertanya kepada adiknya kenapa pembantu rumah tidak makan bersama2 di meja makan (kerana mengikut fahaman Maoist semua orang harus dilayan sama rata) Abang Siti Aishah tidak senang dengan perilaku adiknya dan telah menasihatinya utk keluar dari pergerakan itu, dan berkata sekiranya masih untuk terus memperjuangkan fahaman komunis, abang Siti Aishah tidak membenarkan Siti Aishah utk datang lagi ke rumahnya kerana khuatir ini akan mempengaruhi anak-anaknya juga. Dikatakan Siti Aisyah ini adalah seorang yang keras kepala dan hati kering, jadi penerimaannya kepada kata-kata adiknya itu adalah umpama seperti “if you don’t want me….ok fine” Dia terus menghilangkan diri selepas itu.

6) Ahli keluarga telah mencari Aishah sekian lama, namun gagal. Dan 30 tahun pon berlalu………

Bersambung bahagian kedua eosk lusa ok :) Sebab panjang lagi kisah Aishah ini, termasuk bagaimana dia tinggal bersama “captors” selama 30 tahun, tanpa perlu digari, dikurung atau dikekang pergerakkan. Ternyata dia bukanlah melakukan semua ini tanpa kerelaan dan dia bukan “slave” secara fizikal seperti yang digembur2 kan (tetapi lebih kepada “slave” dimindanya) ianya lebih kepada pilihannya sendiri dan tidak pernah menyesal dgn apa yang telah dia pilih yang menyebabkan dia menghilangkan diri selama lebih 30 tahun tanpa rasa teringin untuk kembali bertemu keluarga. Malahan emak dia dah meninggal 19 tahun lalu pon dia tak tahu. Sangat menyedihkan. Sejak saya ikuti kisah ini, emosi saya berubah2, dari terperanjat, tak faham, trauma, sedih, marah dan akhir sekali geram dgn Siti Aishah ni. Tak per tunggu ulasan saya di bahagian kedua nanti ya. Tetapi sementara tu kalau nak lebih faham secara mudah tentang kisah Aishah ni boleh rujuk gambarajah di sini http://english.astroawani.com/news/show/chronology-of-events-surrounding-siti-aishah-26109

p/s: saya tulis entry ni dalam bahasa melayu kerana berita dalam english dah banyak dah tentang aisyah ni, jadi mungkin ramai pembaca melayu nak lebih “feel” baca kisah ni dalam bahasa melayu kan.

Comments

Sendiri nak berniaga, sendiri kena fikir baik buruknya

Raya 2013

Assalammualaikum, lama kan tk update blog? Bulan 7 hari tu masa bulan puasa busy dgn temuduga Cosway, alhamdullilah temuduga dah lepas dan saya dh berjaya lulus :) Kemudian busy pula utk preparation Raya , sambil menghayati Ramadhan yg dh makin hampir ke penghujungnya. Kemudian Syawal pon menjelma, busy la lagi kan. Kemudian ambil mood dulu utk mula bekerja semula, so sekarang ni baru rasanya jari-jari ini gatal nk menaip di blog :)

Telekung Jubah Hajidah

Yours truly menggayakan Telekung jubah Hajidah dari Nilam Boutique KL. Ini gambar masa tunggu nk tarawikh Ramadhan yg baru ni. Nnt I cerita pasal Jubah Hajidah ni ok, kalau nk beli boleh ke blog Nilam Boutique KL

Saya nk ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua pembaca, semoga Syawal ini lebih indah dan semoga kita bertemu Ramadhan dan Syawal lagi tahun depan. Ameen.

Ok balik kepada tajuk entry I hari ni. Bagi siapa yg tahu, tahu la kan. Baru-baru ni kecoh ada satu blog yg membuka “pekung” boleh dikatakan pekung la, satu company direct selling yg agak terkenal dan keburukkan leader team-team yg menjayakan perniagaan itu. Disenaraikan oleh tuan punya blog beberapa dalil dan point mengapa she quit the business. Ramai la yg komen kasi sokongan dan ada juga yg marah-marah.

Dari pembacaan saya lah kan, saya rasa kedua-dua pihak ada buat silap. Yg mangsa marah2 kerana rasa tertipu dan serik nk teruskan bisnes tu. Yg dituduh pula rasa tk bersalah kerana bagi mereka, org yg tidak berjaya mmg suka menyalahkan orang lain dan juga suka memberi seribu satu alasan.

Macam ni lah, kepada semua orang kt luar sana, saya pasti ramai yg tgh usha2 business apa nk buat kan utk tambah pendapatan, pertama sekali janganlah biarkan di anda tertipu atau mudah dipujuk rayu. Business yg mantap, saya rasa kita tidak perlu merayu2 utk org join kita, cukuplah kita perkenalkan business kepada prospect dan kalau dia berminat dia akan sertai kita. Jadi kalau ada org yang merayu2 atau memaksa2 atau sampai ke tahap menganggu gugat keamanan hidup anda dgn kehadiran sms dan phone calls bertalu2, benda pertama anda harus buat ialah…lari daripada org itu. Sbb mesti ada yg tk kena kan, sampai org tu follow up gila2. Atau secara mudahnya cuba fikir, kalau kita sertai perniagaan itu, adakah kita pon akan jadi mcm org gila nk follow up prospek sampai tk aman hidup? Dan saya rasa ini tanda awal yg sangat mudah utk kita kenal pasti, tapi malangnya ramai jugalah yg terjebak wpun dah kene macam ni. Serious tak tahu apa yg ada dlm fikiran mereka, sampai benda terang lagi bersuluh ni pon tk nampak.

Dan kepada introducer business  (sama seperti saya, saya juga memperkenalkan business kepada sesiapa yg berminat) , janganlah memaksa dan menggunakan kata-kata manis tanpa mendedahkan segala risiko tentang business tersebut untuk memancing prospek. Dalam apa jua yg kita buat termasuk berniaga, kita mesti berkata benar. Kalau kata nk tolong support, nk tolong jumpa prospect, nk tolong close deal, sila lah kotakan janji , dan janganlah pilih bulu. Bermakna, cuma nk tolong org2 yg nampak network/businessnya dah grow, org yg agak slow anda tinggalkan. Sbb ingat, janji pertama yg anda sebut adalah nk tolong support, tk kira apa jua condition atau pencapaian business orang yg anda janji nk tolong tu. Jadi utk elak perkara ni terjadi, berhentilah dari buat janji2 yg memakan diri seperti ini.

Memanglah dengan modal sebanyak 20k lebih dan terpaksa mohon pinjaman bank pula, siapa yg tk marah bila bisnes tk menjadi kan? Tapi marah ni boleh dielakkan sekiranya;

  • Yg memperkenalkan bisnes berkata benar tentang risiko apa yg akan terjadi selepas mengeluarkan bayaran sebanyak itu
  • Dan yg mengeluarkan modal juga tahu apa risiko yg bakal dihadapi dan tetap tekad nk mencuba, dan tidak akan menyalahkan sesiapa sekiranya tidak berjaya.

Ya 2 benda ini sahaja, simple kan? Kalau 2 undang2 ringkas ini difahami dan dipatuhi, in sya Allah tkder la bercakaran di internet dan diluar internet.

Untuk berniaga mmg kene ada modal, tk sedikit mungkin banyak. Cuma kita kena tahu permainan apa yg kita nak main dan kene ada ilmu. Bukan main terjah je. Tak semestinya orang lain boleh buat, anda pon boleh buat. Ingat tu. Sbb selalu orang akan pancing kita dgn motto “aku boleh buat, sure kau boleh buat” Kalau Allah ciptakan semua org ni boleh buat benda yg sama dan sama2 berjaya, tk ada yg gagal ataupon tak ada yg mencuba utk berjaya dgn benda lain, pasti dunia ni terasa pelik kan? Allah jadikan kepelbagaian, ada yg berjaya ada yg gagal, ada yg boleh berjaya dgn business ini, ada yg tidak. Jadi guna akal fikir dalam-dalam ya. Kaji kemampuan dan ketahanan diri, kemudian baru putuskan.

Saya sebenarnya juga telah dipernah dijemput utk sertai perniagaan yg sama seperti dgn tuan punya blog yg tulis entry kontroversi tu (entry tu dah dipadamkan), cumanya saya dgn mudah mengatakan tidak, tk yah fikir panjang, sbb saya tahu ianya tidak mudah utk saya. Saya lebih suka perniagaan yg ada produk yg boleh dijual, dan seperti perniagaan Cosway ditawarkan pula utk menjadi stockist (at least adalah bukti kukuh yg kita ni berniaga yg sah dan ada masa depan, in sya Allah) daripada perniagaan yg jenis menjual/mempromosikan perniagaan. Produk pula, saya suka produk2 yg banyak jenis , sampai saya tk menang tangan nk jual semua produk, seronoknya lain macam, dan semestinya produk mestilah affordable ataupon kalau mahal mestilah setanding dgn kualitinya.

Apa-apapon, tepuk dada tanya selera dan tanya otak. Jangan main terjah ok.

Comments

Rainbow Pants!

rainbow pants

Bought 4 of these pants for RM170 (murah kan?) The fourth colour is black and I’ve worn it twice

I ada masalah sakit nk pakai jeans sejak bersalin due to friction between skin (surgery scar) and fabric. Tapi disebabkan tk ada seluar lain sangat, I cuma ada jeans dan seluar mengandung, nak tak nak kena pakai juga la jeans. Tapi lama-lama mmg rasa tk selesa and sakit perit kt tempat pembedahan. Ingat nk cari seluar lain, I suka seluar yg warna warni or bercorak sbb tk la boring sgt, tapi susah nk cari yg jenis getah yg tkyah nk zip atau butang bagai. I nk cari yg sarung je sbb if ada zip dan butang nnt sakit kene parut pembedahan tu.

Seluar yg mcm yoga pants or cotton spandex or lycra tu I tk minat sgt, sbb tk berapa nk tahan lama dan nampak mcm santai atau nampak mcm seluar rumah sgt, coz sometime nk kene nampak well dressed juga especially bila jumpa my Cosway prospect.

Mmg susah nk cari, tapi weekend hari tu, masa jalan2 dating dgn husband, terjumpa kedai jual seluar yg mcm2 warna and the best thing it’s stretchable dan pinggang pon getah, tkder zip and butang. Memang sarung je. Wah happy gila. Satu masalahnya seluar tu skinny cutting, sebaik ada size sampai XXL, so i beli size yg paling besar tu jadi bila I pakai dia longgar tak ketat ikut shape and the salesgirl told me after 1-2 wash the size will expand lagi. Yay!

Harga sangat murah! I like. 2 for RM85. Murah kan? I beli 4. Hehe.

Comments

Hari Cuti Blog Sedunia

Lama tk blog eh? Sorry election punya pasal, habis hangin satu badan berhari2. Haha. Terus tkder mood nk update blog or do anything else. Sampaikan terpaksa tutup fb sbb tk boleh tahan asyik nk refresh je, so selasa hari tu, I pergi lepak dekat office group Cosway I. Sebaik dah ramai member kt Cosway tu, so leh lepak2, kt office ada free wifi pastu kt bawah ada kedai mamak, so mmg terbaek la kalau nk melepak hilangkan stress. At the same time boleh belajar dgn stockist2 cosway lain yg dh berjaya dapat juta2 sales.

I nk update pasal Tudung Lelasari, in sya Allah next entry ok. Now, rasa mcm nk lepak minum2 dengan husband kt luar. Yeahhhh…saya mmg kaki lepak, minum2 teh tarik kt kedai. So Malaysian kan? Heee.

Skang ni kene sebut Malaysian, tkleh sebut Malay ke Chinese ke…sensitive. Karang tk pasal2 kene label “racist”. Hihi. Adiossss.

Comments

Dugaan

Tiba-tiba terasa nk menulis blog malam ni. Mungkin disebabkan bahang panas buatkan saya tk boleh nk tidur. Ichiro plak kt sebelah sibuk tengok you tube , video truck, bising betul lah. Hari-hari pon tengok truck. Imran baru jer terlena, kesian penat kerja, balik rumah layan anak-anak pulak.

Akhir-akhir ni terasa banyak pula dugaan yg mendatang. Rasa collapse tapi …..alhamdullilah still standing. Dari dugaan anak-anak yg tk berapa sihat, sampai la ke dugaan menyelesaikan masalah2 tempahan baju.

Bulan lepas Kenji kene bisul di punggung. So worried dia jenis bisul yg “fistula”, which means kene undergo operation utk remove the abscess thread completely, if not bisul will keep coming and repeat. Masa Kenji kene kali pertama, dan bisul pecah, kami bawa jumpa paed surgeon, and diaorg drain kan nanah yg still remain. The process made me cried like a crazy woman dekat hospital. Tk ada bius, just diaorg letak sejenis cream yg boleh buat the area numb but still…can feel the pain lah kan. The surgeon cam buka sedikit opening dan picit keluar nanah, and lepas tu cuci dgn air. Mmg sedih tgk anak kesakitan. At the moment I wish all the pain transfer to me. Sakit bersalin tk habis lagi, biarlah saya tahan pula sakit bisul anak ni. Sedih sangat. Tapi Kenji quite ok, lepas selesai cuci, dia terus tidur jer. Mungkin penat tanah sakit.

Amik masa seminggu utk luka heal, tapi unfortunately bisul tu mcm develop again. Lagipon area dalam diaper sentiasa lembap jadi agak susah utk heal. Kali kedua bisul keluar tapi tk sebesar yg dulu, agak kecil dan tak begitu meradang. Lepas tu mungkin sbb asyik bergesel, bisul pon pecah. Kali ni, kami kasi antibiotik sekejap jer, sbb I tanak terlalu depend dgn antibiotik, kemudian kami guna antibiotik cream, still mcm so-so jer healing process tu. Doktor kata kalau terpaksa buat operation, try to delay it. Jadinya, I try nk cari natural solution. I did some research and cari petua utk keringkan/kecutkan bisul. Terjumpa org suggest tea tree oil. So, kiterorg pon beli tea tree and sapu. Surprisingly the wound looks better in a matter of few hours. Ni dah beberapa hari guna tea tree, bisul dah jadi very small, tiada nanah dan luka dah tertutup. Sangat2 syukur, alhamdullilah. But kami continue sapu, sbb hope the whole thread yg menyebabkan bisul tu akan clean, sbb tanak nnt datang balik lagi and hope boleh pass the operation.

Ichiro pula, hari tu terkena infection dan demam sangat panas sampai temperature shoot up to cecah 38-39 degree. Dan kali pertama tengok Ichiro demam sampai kejang. Lucky masa tu husband ada di rumah, masa Ichiro kejang tu I was holding my books and drawing kits, bila tengok Ichiro kejang, semua benda in my hands i campak. Kelam kabut suruh husband bawa Ichiro ke klinik terus. But before that kami basahkan Ichiro dengan air. Balik from clinic makan ubat and dia tidur. Kemudian terbangun and kejang again. Aduhhh panik gila. But after few days ok dah, so kalau anak2 demam panas and kejang cepat2 check doctor ok. Dikhuatiri terkena sawan dan merosakkan saraf otak nnt.

Alhamdullilah episode anak2 tk sihat nampaknya dah berlalu buat masa ini. Huhuh. Masa anak-anak sakit ni, saya pula menghadapi masalah dgn tukang jahit dan tukang manik. Tukang jahit ni mmg saya dh biasa tempah dan hasil adalah memuaskan, tapi tiba-tiba entah apasal hasil kerja dia caca marba. Buat saya tk leh tido malam , kemudian dgn tukang manik yg ambil masa terlalu lama utk menyiapkan baju menambah2 lagi kerisauan. Tapi dalam pada semua ni terjadi , saya belajar banyak benda dan insyallah lebih bersedia lain kali.

Cumanya kepada tukang jahit, buat lah kerja betul2. Skill yg ada guna sehabis baik. Kalau belum rasa bersedia utk jahit baju fesyen, belajar dan praktis lah dulu sebelum kata boleh buat, dan kemudian rosakkan fabric orang sbb salah potongan. Kemudian presentation itu penting, jgn lah baju yg dh siap podok2 jer dalam plastik bag. Iron la siap2, tajam2. Ni bila saya tanya kenapa jahitan tepi baju ni berkedut2? …”oh ni nnt kalau iron ok ni” Soalannya skang, kenapa kau tk iron? Bukankah utk mendapatkan kelim jahitan yg cantik dan rapi, kene iron dan press elok2 masa pembikinan baju? Jadi mcm mana baju kau jahit leh berkedut jahitan nya? Ni mesti masa jahit tu mmg tak iron. Nak short cut. Hasilnya caca marba.

Dan satu lagi, kalau buat bisnes ataupon kalau tk bisnes pon, bila org message or call tolonglah reply. Ni mcm nk gila call dan sms, tapi tk reply. Mcm bercakap dgn tunggul. Tak ada respect langsung dgn orang. Kalau di whatsapp lagilah, reply message tu free jer, dan kita boleh tahu bila org tu last check message2 dia di whatsapp, so bila ternyata sengaja tk membalas message mmg saya rasa org mcm ni tk ada rasa tanggungjawab dan respect kepada orang lain, especially org yg saya bayar utk service (dalam kes saya service jahitan lah). Kalau saya boleh tolak ansur bila tailor bagi alasan anak sakit dan itu ini. Jadi tolong jangan pijak kepala. Saya ada anak, dan anak saya sakit juga. Saya tk ada masa nk kesana kemari dan buang masa saya tertunggu2 awak nk balas message/call. Sad to say semua ni tailor melayu. melayu! melayu! melayu!

Kadang-kadang saya malu nk mengaku melayu.

Ok bye.

Related Posts with Thumbnails
Show More: 12345...6162