Nilam

Comments

Telekung Berwarna RABIAH dan Mini Telekung HERA for Sale!

Tadi dah tertidur awal dalam pukul 9 macam tu dan terbangun lebih kurang pukul 12 tgh malam. Jadi sekarang ni, ada tenaga dan mata pon tk mengantuk lagi untuk update blog dan buat kerja2 marketing sikit.

Sebelum start taip entry ni tadi, saya terbaca satu entry di blog seseorang berkenaan aktiviti2 yang mudah dan murah utk dibuat di rumah dengan anak2. Dan disebabkan saya dah hadkan penggunaan iphone utk anak saya Ichiro dan Kenji pula memang saya tak mesrakan dgn iphone langsung, jadi aktiviti harian banyak sekadar main toys dan tgk kartun. Tapi saya rasa tengok kartun pon tk bagus juga (tapi kartun seperti POCOYO sangat bagus utk vocabulary, sbb ichiro banyak belajar vocab dari POCOYO) dan boring, jadi azam tahun ni nak memperbanyakkan aktiviti2 yg menarik di rumah. Insyallah kalau ada kerajinan (memang tk rajin sebenarnya, tapi saya sendiri pon dh bosan tkder aktiviti dgn budak2 ni huhu) akan try blog setiap kali saya buat aktiviti2 yg murah2 di rumah, yg takkan menjadikan rumah seperti dilanda tsunami dan menyebabkan si emak berpeluh menitik2 (tapi berpeluh bagus utk kurus). Hihihi. Jadi weekend ni, nak siap2kan barang2 utk buat aktiviti di rumah. Berusahalah!

Panjang mukadimah hahah, sebenarnya saya ada readystock produk2 Nilam Boutique KL seperti telekung berwarna Rabiah dan mini telekung Hera yang berwarna hitam, sangat cantik dan ekslusif serta tidak begitu menyerlah sehingga terasa over pula memakainya. Saya dah design baekkk punya, ekslusif, cantik dan berpada2, insyallah :) Siapa berminat boleh contact saya di sini ok http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/

telekung berwarna rabiah plum with pink lace copy

mini telekung HERA berwarna hitam dengan renda coklat 4

Jangan lupa “follow” Nilam Boutique KL di “social media”

Comments

Selamat Tahun Baru & Tempahan Jahit Telekung Berwarna

telekung berwarna rabiah lavender pink laceAlhamdullilah selepas lama juga tutup tempahan disebabkan ada masalah dgn produksi, saya kembali semula menerima tempahan untuk menjahit telekung, terutama sekali telekung berwarna. Telekung putih pon ada juga. Design pula terhad kepada telekung RABIAH, mini telekung HERA dan tudung selendang segera LELASARI.

HERA tu baru lagi diperkenalkan, saya pon tk ada lagi gambar yg formal, ada gambar mak mertua saya sahaja yang saya sempat siapkan mini telekung Hera itu utk dia sebelum dia berlepas ke tanah haram utk mengerjakan umrah 2 minggu lepas. Yang mak mertua saya pakai tu adalah versi percubaan, jadi saya tak begitu berani nak bermain dgn warna kerana takut mama saya tk berapa suka, jadi saya buat yang simple sahaja dan mini telekung tu saya hiasi sedikit dgn batu2 rhinestone untuk nampak lebih menarik. Insyallah nnt kalau ada gambar yang lebih jelas saya akan masukkan ke blog segera ya.

mini telekung HERA mekah

mini telekung HERA mekah-3

LELASARI pula saya ingin ubah sedikit rekaannya, utk jadi lebih mudah dipakai tanpa menggunakan brooch di bawah dagu (kepada sesiapa yang tidak tahu, Lelasari ialah selendang chiffon segera dimana cara memakainya adalah mudah sekadar disarung tanpa perlu menggunakan pin) Insyallah nanti kita lihat hasil r&d ya. Tapi rekaan LELASARI yang sekarang ini pon dah cukup mudah utk dipakai sebenarnya, sekadar sarung dan sematkan satu brooch di kepala sudah memadai. Saya sangat gemarkan instant shawl lelasari (bukan kerana saya yg merekanya dan menjualnya, tetapi memang kerana ianya sangat sangat mudah utk dipakai) , sehinggakan saya sudah berhenti membeli tudung2 atau selendang2 lain, dan cuma memakai lelasari sahaja. Saya ada dalam 15 tudung lelasari rasanya. Tetapi saya kurang sedikit menjual lelasari kerana beberapa masalah , jadi oleh kerana ada permintaan dari pelanggan untuk menempah lelasari, jadi saya terfikir untuk menerima tempahan menjahit lelasari juga (sebelum ini, saya cuma menjual ready made stock sahaja)

Tudung Lelasari Instant Shawl Red Black ButterflyOk itu sahaja pengumuman berkenaan Nilam Boutique buat masa ini. Nanti saya umumkan tawaran pakej umrah dengan MR Travel & Services. Sesiapa yang beli pakej umrah Silver atau Gold dgn MR Travel & Services dan memberikan nama Nilam Boutique KL sebagai introducer, akan mendapat mini telekung HERA secara percuma utk setiap pakej yang dibeli (silver atau gold sahaja) Menarik tak? Ok nnt kita esok lusa kita bicara tentang itu ya.

Buat masa ini, cukup setakat ini sbb dah malam, Selamat Tahun Baru kepada semua. Harapan saya, di harap tahun ini tidaklah habis terlalu cepat sehingga tidak disedari oleh kita. Semoga kita semua mampu utk penuhi setiap detik waktu dengan perkara2 yang bermanfaat dan mendatangkan pahala, dengan itu insyallah masa tidak habis terlalu cepat dan disia-siakan oleh kita. Semoga beroleh kejayaan kepada semua. Insyallah.

Comments

Tempahan Untuk Telekung Berwarna Rabiah Dibuka Semula

telekung berwarna rabiah lavender pink lace

Telekung Rabiah berwarna Blush Lavender dan dihiasi renda berwarna pink gelap

Rasanya lama juga tak tulis apa-apa tentang perkembangan Nilam Boutique KL. Alhamdullilah, bisnes kesayangannya saya ni (saya ada byk bisnes, tapi yg ni paling saya sayang) sentiasa ada dan bergerak (walaupon tk sederas sungai yg mengalir). Saya menghadapi masalah dengan tukang jahit 2-3 bulan lepas, apabila tukang jahit telekung saya menghadapi masalah keluarga yang agak berat juga. Jadi dia mohon untuk berhenti dulu menjahit, sehingga masalahnya selesai.

Tapi sampai ke hari ini, dia masih lagi belum menghubungi saya untuk memberitahu status terkini, jadi saya anggapkan dia sudah tidak berminat lagi untuk menjahit dan saya perlu untuk meneruskan bisnes saya, saban hari saya terima email dari pelanggan yang memohon untuk menempah telekung. Hati saya terkilan kerana setiap kali terima email utk tempahan, saya terpaksa menolak dan mengatakan saya masih dalam usaha mendapatkan tukang jahit baru.

Apabila sudah terlalu banyak permintaan yang terpaksa saya tolak dek kerana menunggu tukang jahit utk kembali bekerja, tapi tak muncul-muncul, jadi saya telah berusaha mencari tukang jahit dan juga bahan-bahan untuk telekung seperti fabrik dan lace. Selama ini, saya yang lebih gemar berniaga secara “consignment basis” (kerana lebih mudah dan adil) tidak begitu berminat nak tahu di mana tukang jahit saya mendapatkan fabrik dan border lace. Bukan tak cuba cari, tapi bila saya tanya, tukang jahit saya lebih gemar mengelak dari menjawab. Tapi saya faham, mana la ada orang nak share siapa supplier dan di mana dia dapatkan barang2 jahitan dgn harga murah kan? Huhu.

Betul kata orang, bila dah terdesak, semua pasti jadi. Hihi. Bila saya dah terdesak, barulah betul2 mencari bahan2 dan tukang jahit baru. Alhamdullilah dengan kuasa Allah, saya akhirnya bertemu dgn seorang guru yg mengajar menjahit dan mempunyai rakan2 ibu tunggal yang juga menjahit. Mutu jahitan sangat memuaskan hati. Dia sangat berhati2 untuk tidak memotong kain yang saya berikan kepada dia, dia lebih selesa buat sample guna kain lebihan terlebih dahulu. Dan mutu sample adalah tip top. Dia juga orang yg mudah faham (almaklum cikgu menjahit kan) , jadi bila saya explain sket itu ini, dia dah terus boleh hasilkan seperti yang saya nak. Jahit pon cepat, tidak berkira dan tk demand dgn bayaran (tapi saya bayar dia banyak sebab dia jahit cepat dan saya puas hati dgn hasil jahitan) Saya sangat2 berharap supaya dapatlah saya bekerja lebih lama dgn tukang jahit ini, sbb tak tahu la kenapa, saya rasa sangat selesa berbincang dgn dia dan rumah pon dekat dgn rumah saya. Pertemuan kami yg pertama kali pon cuma di taman, lepak2 borak dan cerita pasal bisnes sambil tunjuk2 sample dan bincang tempahan. Memang sangat santai.

Utk material pula, cari punya cari, gali punya gali, last2 dapat juga fabrik dan border lace. Border lace la paling susah nk cari supplier besar, yg ada ramai yg jenis supplier kecil2 so harga tk berapa murah dan design pon limited. Saya jumpa supplier besar dan telah order lace 50 meter terus.

Jadi dengan jalan yang berliku2 tu, dengan sebesar2 hati, saya membuka tempahan utk pelanggan yang inginkan telekung berwarna (putih pon boleh jer) Telekung readymade pon ada juga, tapi kalau tk ada warna yg disukai, boleh la menempah ok. Harga sama, melainkan mintak nk kain besar. Tu kena cas lebih. Kalau nak tempah, boleh hubungi saya di sini http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/

Comments

Jubah Solat Hajidah

Dulu di blog ni I banyak tulis mcm2 benda, like benda yg I beli, benda yg buat, benda yg I suka. Tapi sekarang I tend to keep everything to myself. I surely have many reasons for that, one of it is I just love to lay low. Or in other word, I don’t like the attention am getting if I’m being too open about my life and where’s the surprise element then? If everything pon nk cerita. Kan?

Ok kali ni nk cerita pasal Jubah Solat Hajidah. Hah it took me about 3 months to write about it here. Dekat blog Nilam Boutique dah ada dah. Cuma kt sini belum lagi.

combineMore pictures of Hajidah here http://www.nilamboutique.com/blog/2013/07/24/new-jubah-solat-hajidah-telekung-one-piece/

By the way Hajidah is my latest invention. I get the idea few years back cuma baru sekarang baru dapat materialize the idea. So basically Hajidah is a type of jubah that comes with a attached hijab/shawl that can be transformed into a prayer robe.

Selalunya bulan puasa, I akan ke masjid dgn family utk berbuka puasa. So agak pening nk sediakan baju kurung yg elok utk sebulan utk dipakai ketika berbuka puasa di masjid (memang selalu bulan puasa family jarang makan di rumah, sbb tk ada siapa la nk masak) Jadi utk tk payah susah2 I nk pening cari baju kurung, I just sarung telekung. Tapi masalahya time makan nampak a bit weird sbb pakai telekung. So i was thinking, alangkah bagus ada jubah yg ada siap tudung dan boleh pakai sembahyang terus. Dari situlah tercetus idea utk Hajidah ini.

Kemudian idea tu I olah lagi utk jadikan ianya lebih praktikal, so instead of jadikan attached hijab/shawl tu as hoodie, saya reka supaya ia boleh jadi seperti “cape” dan menyaluti tubuh supaya bentuk tubuh tertutup terus ketika solat, dan supaya ianya kelihatan seperti telekung biasa. Dan setelah selesai solat, bolehlah diangkat cape dan diletak atas kepala dan digayakan mengikut kesesuaian. Kalau nk pakai as it is pon ok jer, cantik dah :)

Dengan tidak disedari, rekaan ni sangat sempurna bagi jemaah2 haji atau umrah, kerana ianya sangat praktikal, dan jemaah tidak perlu membawa telekung atau memakai telekung berlapis2. Kerana jubah ini sudah sangat kemas, cantik dan praktikal.

Telekung Jubah Hajidah Grey-BlackMore pictures of Hajidah here http://www.nilamboutique.com/blog/2013/07/24/new-jubah-solat-hajidah-telekung-one-piece/

Hajidah pula adalah bermaksud yg rajin solat malam. Semoga sesiapa yg memakai Hajidah akan rajin solat dimalam hari :) Material yg digunakan adalah lycra dan chiffon. Size pula can fit S to XL, and XXL pon muat rasanya.

Jadi kalau ada sesiapa nk berikan sebagai hadiah kepada jemaah yg nk ke mekah, atau sesiapa yg rajin ke masjid utk dengar ceramah atau solat jemaah. Hajidah adalah sangat bagus dan mudah. Kerana tidak perlu lagi memakai berlapis2 pakaian dibawah telekung kerana jubah ini adalah telekung. Cuma adalah lebih selamat jika memakai seluar panjang di dalam jubah ini.

Telekung Jubah Hajidah Mocha GreenKalau order isi form kat sini ya http://www.nilamboutique.com/blog/contact-us-2/

Harga adalah RM230 tidak termasuk postage (masih lagi sangat murah jika nk dibandingkan dgn telekung2 rekaan biasa yg 2 piece yg kadang kala ada dijual sehingga harga RM500) . Jika berminat boleh hubungi saya melalui blog Nilam Boutique KL ok. Stock masih ada, boleh dihantar dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran dibuat.

Comments

I'm back with capital "B"

Wah lama gila eh tk update. Dari start puasa sampai dah nk habis puasa dah ni. Well, I was busy preparing myself for Cosway interview, for the past few weeks I didn’t live like a normal human. I burn the midnight oil to study for almost every night till sahur, imagine that. Then stayed up some more for solat subuh, sbb kalau tidur lepas sahur nnt takut tk boleh nk bgn subuh sbb dh ngantuk sgt, then the moment nk tidur tu anak2 pon dh start la pre-waking , hihi. Mmg hidup tk serupa orang.

Tapi alhamdullilah, interview dah lepas I can toss away all the notes and catalogues already. Hahaha. Lega gila. Result will be out in 2 weeks time, really hope I can pass the interview as I don’t want to repeat and baca/hafal notes mcm nk gila lagi.

Today went to Melaka Aeon to do some raya shopping, alhamdullilah tk ramai sgt orang except di Padini stores yg jam pack mcm sardin tadi. Dekat Jusco ok, aman damai :) I spotted my old schoolmate in Jusco but didn’t tegur him sbb I was queuing far behind in the line to pay for my purchases. But he looks well and happy with family, so happy for him :) His name is Fairuz by the way.

What’s your raya theme colour? Mine would be purple (for first raya), same like last year sbb last year I tk dpt pakai my baju raya, so this year kene pakai. Haha. But sadly the baju is too loose for me already, sbb I buat baju tu for masa confinement (because I delivered my baby middle of Ramadan last year), so time raya I pantang lagi. So now bila nk pakai balik, the dress is too large for me, tried to jahit tangan sket kasi kecik kt pinggang, sbb I don’t mind pakai loose, few months back was ok, tapi few days ago try balik, looks horrible la, chest area dh terlalu longgar and I still tk sure nk pakai ke tak that purple dress this year, maybe I need to wear something else, seriously don’t know!!! Sbb dress tu buat I nampak heavy and gemuk plak (dah la mmg dh gemuk, makin bertambah2 gemuk pakai baju baggy semacam) Hmm how now brown cow?

Utk casual wear, I just beli je yg boleh match dgn my kids and husband. I bought for the kids first last week, then dh dpt for depa, baru mak ayah cari baju yg leh match. I’ve been many blouse ever since I joined Cosway, sbb selalu gi training and jumpa orang, so kene look presentable kan. Lagipon sejak tk kerja and duduk rumah, mmg tkder sgt membeli baju sbb tk berapa nk guna sgt baju lawa2. Jadi dh byk beli baju, tkder la berapa nk beria beli baju for raya, pakai je apa yg ada, tapi tadi beli la jugak, but not really for Raya, more for something to wear during meeting with prospects , tapi I bought yg colour co-ordinate with my family la.

I noticed that this year mcm warna navy blue and white kinda in. Mula2 I beli my kids baju warna tu, sbb cantik, then tadi dekat Padini, pon ada byk warna mcm tu for men, so husband bought 3 pieces, then I gi Jusco pon byk dat colour gerammmm. So senang I beli je la follow colour kids and husband. Hehe. I mmg tk kisah warna apa pon sgt, semua warna I pakai. Warna for tudung jer I picky sket, sbb kalau silap warna muka jadi caca marba. Haha.

I need to buy fabric utk buat tudung next week, then pants! I want pants! I want stripe / polkadot / flower prints pants. And some brooches. Brooch ni mmg sadis la kalau beli, lepas pakai dua tiga kali, tk senonoh dah brooch2 tu, batu gugur bagai. I ada beli brooch 10 thn lepas rasanya, sampai sekarang tahan lagi, kembar 3 brooch tu I beli utk pakai kebaya. I wonder why that brooch boleh tahan tapi brooch lain tk tahan. I tgk kualiti besi lebih tebal dan tahan, batu pon jenis lekat kuat. Harga mahal sket rasanya, mahal tapi pakai 10 tahun , berbaloi kan?

Ok la, esok I update pasal Jubah Solat Hajidah rekaan terbaru I, dan dh start jual dah di blog dan fb. Siapa yg suka telekung one piece yg praktikal dan cantik (bukan nampak mcm baju sky dive atau teletubbies), boleh beli my Hajidah, saya jamin cantik!! Kalau tk sabar nk tengok boleh tengok di blog Nilam http://www.nilamboutique.com/blog

Ok bye!

Related Posts with Thumbnails
Show More: 12345...1516