Book Review : Fitnah 2012 Konspirasi Galaktik
Saya memang penggemar buku-buku misteri. Dari kecil dulu saya suka baca buku2 penyiasatan dan detektif sbb ada unsur-unsur misteri. Bila dah besar sikit, saya suka baca buku-buku seram macam bercakap dgn jin (walaupon sampai sekarang masih meragui kebenaran isi buku tu dan terasa syirik, saya baca sebab saya mmg suka seram2 dan misteri) Kemudian bila dah meningkat usia lagi, saya suka baca mengenai misteri-misteri alam dan yang melibatkan keagamaan. Tapi baca buku-buku seumpama ni, sangat bahaya kalau iman tak kuat. Sbb boleh memesongkan akidah, lebih-lebih lagi kalau buku tu bukanlah ditulis oleh seorang yang beragama Islam dan berpegang kuat dgn ajaran agama Islam. Tapi sebab minat saya utk mengetahui tentang misteri alam ciptaan tuhan dan rahsia-rahsia gelap yang tujuan utama utk menjatuhkan Islam, membuatkan saya nekad nk baca juga. Huhu.
Misteri alam dan misteri gelap yg melibatkan keagamaan ni mmg macam kita boleh rasa. Kita boleh rasa ianya ada disekeliling kita, namun tidak boleh dihidu dan tidak boleh disentuh. Tapi ianya ada. Pernah rasa tak macam tu? Misteri gelap tu maksud saya, mcm ada sesuatu yang cuba utk memesongkan akidah kita dgn cara yg terpaling halus dan tanpa kita sedari. Sbb tu saya kata, ianya ada tapi tk boleh dihidu dan tk boleh disentuh. Tak tahu la mungkin kerana imaginasi saya yang terlalu melebih2 ataupon mmg ada?
Jadi bermula dengan filem Da Vinci Code dan tak cukup dgn filem, saya beli pulak buku Da Vinci Code walaupon dah tonton filemnya, saya mula menanam minat nk tahu lebih lanjut misteri-misteri yg kita tak tahu ni. Tapi bila baca buku tu mmg kene banyak2 zikir dan ingat Allah. Bukan apa takut terpesong. Rasanya, buku-buku kajian tentang misteri2 sebegini yang melibatkan konspirasi dunia dan fitnah dari kalangan penulis melayu atau Islam mmg kurang sikit. Jadi bila saya diperkenalkan dgn Stormreaders (dan sekarang sudah pon menjadi pengedar), rasa seronok dan tk sabar nak baca semua buku-buku konspirasi dunia dan fitnah akhir zaman yang ditulis oleh penulis Islam dan tidak memesong akidah. Lega sikit baca buku ni dari baca dari sumber yg bukan Islam.
Panjang mukadimah hehe. Layan kan jer lah yer.
Here details of the book and short review from me (no snapshot of the book content this time, sbb malas huhu)
Author: Muhammad Nurani Maarif (penulis buku membongkar misteri dajjal)
Pages: 244 pages
Price: RM37.90
Where to buy?: through me or through my bookstore here (register as a user first at the bookstore to purchase books) .
Synopsis:I’ve no idea where to start and how to include everything in one short synopsis, hence I’ll just retype atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah (I cuma retype satu bahagian sahaja, utk tidak menyebabkan spoiler, sbb riwayat Sayyidina ni termasuk dgn zaman kita sekarang yer what I mean by sekarang, is NOW, tahun-tahun yang kita hidup sekarang ni, di zaman teknologi dan social media) Sayyidina Abu Hurairah ada ilmu yang membolehkan ia mengetahui nama para amir, raja dan ayah mereka.
” Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam dan Sufyani, pada salah satu dari kedua matanya ada kasal (kelopak mata yang turun sedikit). Namanya diambil dari pecahan kata shidam, dan dia “shaddam liman aradhahu” (penghancur bagi siapa sahaja yang menentangnya), dunia berkumpul menyerangnya di “Kut” kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikkan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat, dan kecelakaan bagi pengkhianat al-mahdi al-amin”
Huraiannya ada di dalam buku ini, tapi sekali imbas dah boleh tahu ini adalah kisah pemerintah Saddam Hussien yang dikepung dan ditangkap ketika bersembunyi di satu lubang kecil. Sangat memeranjatkan sebab kisah ini telah diketahui lebih awal oleh Sayyidina Abu Hurairah yang tidak hidup sezaman dgn kita. Bukan memeranjatkan dari segi kekuasaan Allah yang memberi ilmu sebegini hebat kepada Sayyidina Abu Hurairah, tetapi memeranjatkan sebab mmg itulah yang terjadi kepada Saddam dan begitu jugalah pengakhiran hidupnya.
Buku ni mmg berkisar tentang dakwaannya yg mengatakan kiamat akan terjadi pada tahun 2012. Ianya dikupas di permulaan bahagian buku, kemudian seterusnya kaitan tarikh ini dengan konspirasi dunia dan fitnah akhir zaman oleh dajjal dan seterusnya bagaimana Allah membalas fitnah2 ini dengan kemunculan Imam Mahdi. Oh menulis semula tentang ini pon, dah membuatkan bulu roma saya berdiri kerana semangat Islam dan juga kerana seram (huhu)
Kalau ada yg merasakan membaca tentang akhir zaman ini tidak perlu. Ingatlah hadis daripada Ibnu Majah (ini saya ambil dari buku Alexandar adalah Zulkarnain, yang sedang saya baca sekarang)
“Engkau mempelajari satu bab ilmu adalah lebih baik bagimu dari mengerjakan solat (sunat) 1000 rakaat”
Buku ini mempunyai 5 bab, jadinya anda akan mendapat 5000 pahala solat sunat. Agak-agaknya ada ker kita buat 1000 rakaat solat sunat dalam setahun? Kalau ada bagus, kalau belum ada, boleh lah ditambah2 dgn membaca buku sebegini. Nk dapat pahala mmg ada banyak cara, membaca buku ilmu adalah salah satu cara. Buku Alexandar Adalah Zulkarnain ada 16 bab (700++ mukasurat) Alhamdullilah banyak pahalanya.
I’m an independent distributor of Stormreaders. More distributors are needed. Kindly contact me if you are interested to join Stormreaders as a distributor/normal member. For book worms who are not really into business, discounts are also available for you guys too, just simply join as normal member without obligation to become as a distributor. You know the drill, contact me for further info.






















