Comments

Sendiri nak berniaga, sendiri kena fikir baik buruknya

Raya 2013

Assalammualaikum, lama kan tk update blog? Bulan 7 hari tu masa bulan puasa busy dgn temuduga Cosway, alhamdullilah temuduga dah lepas dan saya dh berjaya lulus :) Kemudian busy pula utk preparation Raya , sambil menghayati Ramadhan yg dh makin hampir ke penghujungnya. Kemudian Syawal pon menjelma, busy la lagi kan. Kemudian ambil mood dulu utk mula bekerja semula, so sekarang ni baru rasanya jari-jari ini gatal nk menaip di blog :)

Telekung Jubah Hajidah

Yours truly menggayakan Telekung jubah Hajidah dari Nilam Boutique KL. Ini gambar masa tunggu nk tarawikh Ramadhan yg baru ni. Nnt I cerita pasal Jubah Hajidah ni ok, kalau nk beli boleh ke blog Nilam Boutique KL

Saya nk ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua pembaca, semoga Syawal ini lebih indah dan semoga kita bertemu Ramadhan dan Syawal lagi tahun depan. Ameen.

Ok balik kepada tajuk entry I hari ni. Bagi siapa yg tahu, tahu la kan. Baru-baru ni kecoh ada satu blog yg membuka “pekung” boleh dikatakan pekung la, satu company direct selling yg agak terkenal dan keburukkan leader team-team yg menjayakan perniagaan itu. Disenaraikan oleh tuan punya blog beberapa dalil dan point mengapa she quit the business. Ramai la yg komen kasi sokongan dan ada juga yg marah-marah.

Dari pembacaan saya lah kan, saya rasa kedua-dua pihak ada buat silap. Yg mangsa marah2 kerana rasa tertipu dan serik nk teruskan bisnes tu. Yg dituduh pula rasa tk bersalah kerana bagi mereka, org yg tidak berjaya mmg suka menyalahkan orang lain dan juga suka memberi seribu satu alasan.

Macam ni lah, kepada semua orang kt luar sana, saya pasti ramai yg tgh usha2 business apa nk buat kan utk tambah pendapatan, pertama sekali janganlah biarkan di anda tertipu atau mudah dipujuk rayu. Business yg mantap, saya rasa kita tidak perlu merayu2 utk org join kita, cukuplah kita perkenalkan business kepada prospect dan kalau dia berminat dia akan sertai kita. Jadi kalau ada org yang merayu2 atau memaksa2 atau sampai ke tahap menganggu gugat keamanan hidup anda dgn kehadiran sms dan phone calls bertalu2, benda pertama anda harus buat ialah…lari daripada org itu. Sbb mesti ada yg tk kena kan, sampai org tu follow up gila2. Atau secara mudahnya cuba fikir, kalau kita sertai perniagaan itu, adakah kita pon akan jadi mcm org gila nk follow up prospek sampai tk aman hidup? Dan saya rasa ini tanda awal yg sangat mudah utk kita kenal pasti, tapi malangnya ramai jugalah yg terjebak wpun dah kene macam ni. Serious tak tahu apa yg ada dlm fikiran mereka, sampai benda terang lagi bersuluh ni pon tk nampak.

Dan kepada introducer business  (sama seperti saya, saya juga memperkenalkan business kepada sesiapa yg berminat) , janganlah memaksa dan menggunakan kata-kata manis tanpa mendedahkan segala risiko tentang business tersebut untuk memancing prospek. Dalam apa jua yg kita buat termasuk berniaga, kita mesti berkata benar. Kalau kata nk tolong support, nk tolong jumpa prospect, nk tolong close deal, sila lah kotakan janji , dan janganlah pilih bulu. Bermakna, cuma nk tolong org2 yg nampak network/businessnya dah grow, org yg agak slow anda tinggalkan. Sbb ingat, janji pertama yg anda sebut adalah nk tolong support, tk kira apa jua condition atau pencapaian business orang yg anda janji nk tolong tu. Jadi utk elak perkara ni terjadi, berhentilah dari buat janji2 yg memakan diri seperti ini.

Memanglah dengan modal sebanyak 20k lebih dan terpaksa mohon pinjaman bank pula, siapa yg tk marah bila bisnes tk menjadi kan? Tapi marah ni boleh dielakkan sekiranya;

  • Yg memperkenalkan bisnes berkata benar tentang risiko apa yg akan terjadi selepas mengeluarkan bayaran sebanyak itu
  • Dan yg mengeluarkan modal juga tahu apa risiko yg bakal dihadapi dan tetap tekad nk mencuba, dan tidak akan menyalahkan sesiapa sekiranya tidak berjaya.

Ya 2 benda ini sahaja, simple kan? Kalau 2 undang2 ringkas ini difahami dan dipatuhi, in sya Allah tkder la bercakaran di internet dan diluar internet.

Untuk berniaga mmg kene ada modal, tk sedikit mungkin banyak. Cuma kita kena tahu permainan apa yg kita nak main dan kene ada ilmu. Bukan main terjah je. Tak semestinya orang lain boleh buat, anda pon boleh buat. Ingat tu. Sbb selalu orang akan pancing kita dgn motto “aku boleh buat, sure kau boleh buat” Kalau Allah ciptakan semua org ni boleh buat benda yg sama dan sama2 berjaya, tk ada yg gagal ataupon tak ada yg mencuba utk berjaya dgn benda lain, pasti dunia ni terasa pelik kan? Allah jadikan kepelbagaian, ada yg berjaya ada yg gagal, ada yg boleh berjaya dgn business ini, ada yg tidak. Jadi guna akal fikir dalam-dalam ya. Kaji kemampuan dan ketahanan diri, kemudian baru putuskan.

Saya sebenarnya juga telah dipernah dijemput utk sertai perniagaan yg sama seperti dgn tuan punya blog yg tulis entry kontroversi tu (entry tu dah dipadamkan), cumanya saya dgn mudah mengatakan tidak, tk yah fikir panjang, sbb saya tahu ianya tidak mudah utk saya. Saya lebih suka perniagaan yg ada produk yg boleh dijual, dan seperti perniagaan Cosway ditawarkan pula utk menjadi stockist (at least adalah bukti kukuh yg kita ni berniaga yg sah dan ada masa depan, in sya Allah) daripada perniagaan yg jenis menjual/mempromosikan perniagaan. Produk pula, saya suka produk2 yg banyak jenis , sampai saya tk menang tangan nk jual semua produk, seronoknya lain macam, dan semestinya produk mestilah affordable ataupon kalau mahal mestilah setanding dgn kualitinya.

Apa-apapon, tepuk dada tanya selera dan tanya otak. Jangan main terjah ok.

Related Posts with Thumbnails