Darwis Ichiro, Azmi turns 3 y.o!
Ichiro yg kepenatan menyapu sampah, tertido dgn penyapu terus.
Lama tk tulis pasal my son kan? I ni kalau pasal anak (anak-anak soon), mmg I prefer utk tidak bercerita banyak sangat about anak. Bukan tak suka, cumanya hmm entahlah…I rasa lebih aman kalau tk cerita sangat. Biar I , suami dan family jer tahu. Pandai ker..tk pandai ker…aktif ker tk aktif ker…sakit ker tk sakit ker…
Khuatir kalau terlalu banyak bercerita, mengundang perkara2 lain yg kurang baik pula. Sikit-sikit or sekali sekala ok lah
Lain orang lain ok. I tk kata orang-orang yg selalu share pasal anak-anak di fb atau blog mahupon twitter itu adalah salah. Nope, tk salah pon. This is just preference lah. I prefer tk cerita sangat itu sahaja. Tak ada isu dgn sesiapa or apa-apa.
Nama penuh Ichiro is Darwis Ichiro, Azmi. Yer, Ichiro tu mmg nama dalam IC (ramai tanya pasal ni huhu, takpe saya sudi jawab walaupon berkali-kali, sbb dah tentu2 pilih nama mcm ni mmg orang akan sentiasa tanya), dan Azmi tu nama grandpa Ichiro. Semua cucu-cucu pon ada Azmi, tk kira lelaki atau perempuan (so far lah, tk sure la kalau ada yg tk ada plak nnt hee)
Ichiro turns 3 y.o this month. Bermakna layout blog ni pon dh berusia 3 tahun (sbb I tukar layout ni masa nk lahirkan Ichiro
Hows time flies kan? Very fast indeed. Tahu-tahu anak dh besar, tahu-tahu dh nak tambah lagi satu ni. Kami dah belikan dia early birthday present , a battery operated police motorbike. We bought it in advance, sbb takut tkder stock and since the shop that we went tu, gave us good discount, so better grab cepat. We did survey for the similar model and size at few other shops, mmg yang ini cheapest. We bought this for RM200 only, yg kedai lain RM300++. Kalau dekat KL, lagi lah..yg tkder enjin/battery operated pon dah RM300 huhu. So mmg good bargain.
Masa kiterorg tunjuk motor ni dekat Ichiro, dia punya senyum simpul sampai telinga and he was kinda shy. Sampai terbaring atas peha daddy, tutup muka. Haha I wish I snap his picture masa tu, tapi I ada rekod video lah. Cuma tkder gambar. Lepas habis malu sket, dia bgn and usik2 motor tu sana sini, then malu balik and gi kt daddy balik and tutup muka. Haha precious tau!
Lepas hilang malu, terus naik and pecut. Kiterorg ajar sikit2 jer utk move forward and reverse. After that pandai dah. Maybe sbb dh biasa main basikal besar dalam rumah, so he adapt himself with the bike quite fast. Takut juga kalau dia tk pandai nk tekan accelerator and end up gerakkan motor pakai kaki. But that didn’t happen. Alhamdullilah.
Oklah, I nk tidur. Ni ada gambar sikit baju2 couture dresses yang dah 90% siap, yg ni I pick up utk sessi fitting, ada yg ok and owner pon dah ambil, ada yg nk kene repair sket and the rest nk kene lengkapkan dgn lace patch and beading. So, can’t wait nk tengok final result. By the way, baju melayu and suit pengantin lelaki pon I terima order yer. Sbb I ada good tailor utk baju2 lelaki especially utk blazer/bush jacket/convo robe and hang tuah suit (yg selalu pengantin pakai tu). Insyallah nnt once the baju ready soon, I upload gambar.
Sample tudung dah siap, tapi I tk happy dgn mutu jahitan. I thought taukey jual tudung tu nk hantar kt kilang tudung utk buat sample tu, so pretty sure hasilnya ok. Tapi rupanya dia pon hantar kt tailor2 biasa yg jahit kt rumah, so ended up hasil tk berapa ok. Normally tailor dekat rumah, mmg tk boleh jahit tudung dgn kemas, and I dunno why…kadang2 pelik juga. Mmg nk kene hantar kilang tudung, tapi normally kilang ni nk order in bulk jer. But if for me nk snap my own pic wearing the tudung boleh la kot. Tapi masalahnya tgh malas nk bergambar sbb muka kembang. Huhu. Tapi nnt I usahakan lah, kene tunggu husband balik dulu, nk mintak dia shoot
Sambung later ya…daaaaa.
p/s: utk tempahan kurung kanak-kanak masih ada kekosongan (sbb ada tailor baru), kurung kanak-kanak jer dulu ok. utk dewasa dh close. dan kain mesti kene guna cotton sahaja. kalau licin2 sutera satin crepe bagai, tk leh. sbb akan melambatkan kerja nnt. email I info[at]nilamboutique[dot]com kalau berminat nk tempah.











klu nak try jd model tdg aje blh? kwang3… gurau je…
duta x layak lah… terlebih tinggi…
Reply
Mrs Imran Reply:
June 25th, 2012 at 12:11 pm
huhu boleh jer, tapi kasi chance I guna model lain dulu. u dh penah jadi model i. hehe.
Reply
omg..lame gile tak bace blog nih sampai tatau ichiro nak dpt adik..
cant wait to see adik ichiro. konfem, kiut mcm abgnya.. pasnih kene gak jenguk sini walau sejenak eventhough sebusy mane pon keje, takut termiss adik ichiro..
Reply
Mrs Imran Reply:
July 16th, 2012 at 3:05 pm
tu la i pon lama tk update, ni pon hari tu dah rajin sket update, pastu dah busy2 dh tk larat plak nk update skang ni.
Reply