Comments

Kutu Babi

2 hari lepas, jari kaki belah kiri sakit gila. Ingatkan terseliuh ker apa ker, sbb nampak mcm bengkak sket.It wasn’t too bad, still ok lagi tapi jalan dah tersenget2 sikit sbb my toes tk boleh nk cecah lantai, sakit. Ingatkan kaki masuk angin, jadinya I mintak my mom tolong sapukan minyak angin. Tekan2 sket, kasi keluar angin la kononnya. Sakit la masa tekan, tapi masih boleh tahan.

The next day, still sakit lagi. Kali ni makin sakit and makin bengkak. I dah jalan dgn menggunakan tepi kaki, tapak kaki semua tkleh nk cecah lantai, sbb toes makin sakit. Aduhhhh dah la perut dh besar, kaki plak sakit mcm gini, mmg terhoyong hayang berjalan. Mintak mak sapukan minyak lagi, tapi kali ni bila mak cuba nk tekan keluarkan angin, gila babi punya sakit. Nk sapu minyak tu pon dah sakit, boleh kuis2 and lumur sikit2 jer.

I mcm dh terfikir, apa lah masalah kt kaki ni, terseliuh ker? Bila la masa plak? Ker sbb I’m too fat, sampai terseliuh pon tk rasa? Tapi mmg makin sakit, nk pijak lantai tak boleh and sakit tu dah merebak ke bahagian tepi kaki juga. Meaning in 2-3 days time, mesti I tk boleh jalan lagi, sbb seluruh kaki dah sakit.

Masa solat, doa mintak kaki ni pulih, sbbnya I cannot walk properly, tambah2 lagi pregnant kan, jadinya mmg susah sangat2. Alhamdullilah, masa tengah malam tu, I pergi bilik air nk buang air kecil dan wuduk utk solat, I saw something in between my toes. Nmpk macam hitam. I belek sket, susah nk nampak sbb perut dh besar I tak boleh bend my body utk take a close look. Ingatkan terpijak tahi cicak, sbb bila I kikis benda hitam tu nk buang, dia mcm kering and berderai.

Macam pelik apa benda la habuk hitam ni. Then kikis2 lagi, tgk mcm banyak la plak. Tapi mmg tk nampak sgt tau, sbb dia tersepit di antara 2 jari kaki. Pastu kuasa tuhan, masa I bersih2 kan habuk hitam tu, tersentuh satu benda. Benda tu sama warna dgn my skin, so mmg kalau tk tersentuh, mmg la tk perasan langsung. I tengok2 “eh apa benda la pulak ni? Kuis2 tak nak tanggal.

Pastu i terus teringat kes makcik saudara yg sakit telinga sbb ada kutu babi dalam telinga yg hisap darah. Then, I agak habuk2 hitam tadi, adalah my darah yg dh kering. I cepat2 keluar dari bilik air and cari my mom. My mom2, belek2 kaki and dia cakap mmg ada ulat tgh gigit dekat tengah2 jari kaki tu. Kecik jer ulatnya. My mom rentap, meraung ok, bapakkkk sakit. Tapi rentapan pertama tu tk tanggal, sbb dia gigit kuat gila. Mak cakap kene rentap lagi sekali, adoiiiiii sakit kali kedua la nampaknya. Tapi terpaksa lah kan. So, rentap second time tanggal. Alhamdullilah tapi mmg hazabunnnnnnn.

Benda tu ya allah kecik ya amat. Dia mcm ada kaki halus2, bergerak2. Pastu mulut dia mcm besar gila utk dibandingkan dgn size badan dia. Patutlah gigit sakit ok. I rasa dia mcm ada racun ke apa ker, yg buat my saraf, tulang and sendi jari kaki jadi sakit. Mula-mula ingat kutu babi. Tapi bila tekan perut dia, takder setitik darah pon. Kutu babi hisap darah selalunya dan dia akan jadi mcm bulat gila sbb dh hisap darah. Tapi yg ni leper jer, and bila penyekkan tkder kuar apa2 darah.

Tapi mmg menggigit lah, ada kesan gigitan dia mcm kene selumbar kt jari kaki I. Mak tanya dari mana dapat ulat ni? Mana lah nk tahu kan? Tk pernah2 kene. Pastu bila fikir2 balik, I think I know from where I get this parasite. 3 hari lepas, I pakai my brother punya selipar sembahyang. Selipar tu mcm crocs, yg tutup semua bahagian depan tapi ada lubang2 lah utk air ventilation. Jadinya, I rasa ulat tu duduk dlm selipar tu. Kesimpullannya, I rasa kalau selipar dalam rumah, better pakai selipar yg terbuka kt bahagian depan, sbb dalam rumah redup dan sejuk, ada la byk benda suka duduk dlm tempat terlindung mcm dalam selipar tu nnt.

Today my feet dh ok sket, walaupon bengkak still ada tapi rasa sakit dah berkurangan. Hope it gets better in few days. Thank you Allah, kalau tk mmg takkan perasan ada benda mengigit disitu.

 

 

Related Posts with Thumbnails