Comments

Eja betul-betul

Sebenarnya tadi dah draft satu “entry” lain, tapi tiba-tiba teringat yang saya pernah terfikir nak buat kempen “eja betul-betul” , dan masa tengah melayari blog Emila Yusof¬† tadi, terjumpa “entry” Emila yang juga berkenaan tentang penggunaan bahasa melayu yang betul.

Ok, sebenarnya saya tidak ada masalah sangat dengan penggunaan bahasa melayu yang tidak sempurna, asalkan ianya senang dan boleh difahami saya masih boleh terima. Tapi yang sangat…sangat…sangat tidak boleh diterima ni adalah penyalahgunaan ejaan.

Ada yg panggil bahasa sms, bahasa fb dan apa-apa jerlah..sbb itu tk penting. Yang penting adalah ejaan-ejaan seumpama “aq”, “owang”, “owunk”, “skung”, “jeww” dan sebagainya adalah sangat membuat otak mendidih okkkkkkkkkk.

Ingat nak guna lencana blog “Gunakan Bahasa Melayu dengan betul” yang Emila Yusof dah buat, tapi masalahnya kempen yang saya nk perjuangkan (cewahh poyo tak?) bukan lah tentang penggunaan Bahasa Melayu tapi lebih kepada ejaan. Lagipon Emila kata kalau letak lencana tu kene tulis bahasa melayu dgn betul, jadinya agak takut sedikit disitu. Huhuh. Jadi saya buat “screenshot” dan ambil illustrasi yang Emila lukis ni, sangat comel dan menarik :) Saya suka! Emila maaf nyer kalau tk boleh buat ambil gambar ni, kasi tahu saya nnt kalau tk boleh, saya akan alihkan keluar gambar di atas ok.

Ni nak tanya sikit. Apa jadahnya nk eja macam tu? Tk susah ker nk fikir ejaan2 yang tk masuk akal tu? Kalau akulah, boleh macam nk tercirit nak fikir ejaan mcm tu. Susah nk eja tu satu, ambil masa nk menaip tu lagi satu. Sbb kadang-kadang konon2 penciptaan ejaan sebegini utk menyenangkan supaya boleh taip lebih pendek, tapi cuba tengok perkataan sms “jeww” , ada 4 huruf ok. Kalau shortform yg betul adalah shj, atau mungkin “je” walaupon “je” itu pon salah sebenarnya, tapi aku boleh terima ok sbb dia tk buat otak aku mendidih dan berpusing2. Jadinya apa tujuan ringkasan-ringkasan perkataan ini dicipta? Sbb ternyata sebahagian darinya bukan “singkat” sangat pon!!

Hari tu ada terbaca dekat facebook, komen seseorang yang guna shortform ni di dalam hampir keseluruhan komen. Rasa mual nk muntah baca komen tu ok. Apakah terasa comel eja macam tu? Terasa urban? Terasa cool? Apa sebenarnya yang diaorg ni rasa bila eja mcm tu eh ? Rasa best? Sbb serasanya majoriti rasa meluat dgn ejaan2 seumpama ini.

Jadinya marilah kita buat kempen “eja betul-betul” ok . Saya bukan lah nk mintak semua org guna bahasa melayu yang jitu yang mcm nk jawab kertas bahasa malaysia spm. Baguslah kalau boleh berbahasa sebaik itu, tapi kalau tak boleh, sekadar berbahasa secara sederhana, elok dan boleh difahami pon dah memadai bagi saya. Sbb dekat blog ni umpama kita bercakap dgn kawan2, jadinya saya tk rasa saya akan bercakap dgn kawan2 saya macam nk jawab soalan kertas peperiksaan.

Tapi yang mendangkal jiwa (cewahhhh ini kira bahasa tinggi ni huhu), ialah ejaan2 sampah yang buat kita boleh rasa nak membunuh kalau nak baca sampai habis.

Sekian.

 

Related Posts with Thumbnails