Comments

Lemas Dalam Renjatan

I busy la beb. Jantung i mengepam dengan kadar kelajuan maksima bermula dari hari isnin nan lalu sehingga kini. Paru-paru pula berusaha keras menyalurkan udara agar end user yakni saya tidak kelemasan di dalam timbunan fail-fail yang maha berat belaka. Fail-fail itu sgt berat kerana sebut harga dari supplier adalah macam celake banyaknyer.
Untuk menurunkan tekanan dan supaya jantung mengepam apa-apa yang patut di pam dengan kadar yang lebih selesa dan bahagia, saye telah memakan kek cawan…bercawan-cawan dan bershopping tanpa pedoman. Terbaru telah mengirai duit di Arzu dan menjadi miskin sebanyak Rm400 sebaik melangkah keluar dari kedai Arzu. Walaupon perasaan saya lebih tenang dan berjaya membuat jantung saye berkerja dengan lebih stabil selepas mengirai, namun jantung suami saye pula yang macam terkena renjatan . Tapi takper, itu bisa di uruskan. Saya adalah pakar “suami”. Tapi ingat saye cuma pakar suami saya sahaja, utk suami kamu-kamu semua di luar sana adalah lebih baik kamu-kamu menjadi pakar suami juga daripada org lain menjadi pakar kepada suami kamu.Itu carik nahas namanya.


Tapi sebenarnya saye bukanlah miskin RM400 sahaja, hakikatnya adalah lebih dari itu, kerana telah membeli bedak chanel seperti gamba rajah di atas, henbeg kecik bermanik dan juge kerosang. Tetapi saye telah menutup sebelah mata dan buat-buat tak nampak sangat jumlah sebenar kiraian itu, sbb saya sendiri tk boleh menerima hakikat itu. Tetapi suami saya degil, dia telah mencongak2 diminda dan terkena renjatan sekali lagi. I dh kata jangan kire..die degil. Jgn kata i tk sayang suami ok.

Tapi tidak mengapalah. Bulan ini harapan yg menggunung tinggi utk menerima bonus kali kedua. Saye telah meng’rate kawan2 sepejabat saye dengan rate yg sungguh tinggi sekali dan ada unsur2 membodek jua di rating saye itu. Saye berharap akan mendapat balasan yang setimpal di atas kebaikan yang saye telah saye lakukan. Sbb saye berpegang teguh pada prinsip.
What you give…u get back!

BYKNYER KERJA NK BUATTTT…TENSENNNN

Related Posts with Thumbnails

Comments

Click to share thisClick to share this