Tako Tao | Mr & Mrs Imran

Tako Tao

Tako Tao stall – OU Jusco
Tuan-tuan, puan-puan dan gedix-gedix sekalian, saye Mrs Imran adalah seorang yang sgt suke makan. Saye makan apa saje yang sedap. Yg tk sedap saye tk makan. Sebab itulah saye sgt comel..kerana makanan yg saye makan semua sedap-sedap belaka. Jika anda pandai memasak makanan yg sedap ada kemungkinan anda juga comel seperti saye. Pujian ni bukanlah sekadar utk menyedapkan lagi entry saye, tapi adalah berniat utk mendapat jemputan makan jua. Tidak perlu la anda memasak utk saye, sekadar membelanja saye makan di Chilis atau Tony Kupu-Kupu adalah sudah memadai. Saye sudah sangat bersyukur.

Saye ada makanan kesukaan yang baru. Nama dia adalah cacat sedikit iaitu Tako Tao. Walaupon namanya cacat, akan tetapi rasanya tidaklah secacat namanya. Tako Tao berbentuk bulat dan hebat. Perasa kesukaan saye adalah baby octopus masak merah. Walaupon emak octopus adalah sangat kental dan amat sukar utk di makan, tetapi baby octopus tidak begitu. Tetapi jike diberi peluang utk memakan emak octopus, saye tidak mahu. Kerana saye syak emak octopus tidak sesedap anak octopus.

Baby octopus masak merah itu di balut dengan tepung yg sgt sulit utk dimasak. Kerana kadang2 budak lelaki yg baru berkerja di kedai Tako Tao di Jusco OU itu tidak memasaknya dgn betul. Tidak mengapa mungkin dia baru start kerja bulan ni (sbb baju dia nampak bersinar2)belum tahu lagi kungfu2 dan jurus2 yg perlu utk memasak tako ini. Tapi kalau next month kau masak tk sedap lagi…siapppppppp.

Buat sementara utk mendapat Tako Tao yg dimasak dgn betul, saye berkunjung ke Jusco Midvalley. Di sana ada beberapa org budak perempuan yang pandai memasak tako yg sulit ini, tapi mereka selalu bergaduh sesama sendiri. Tapi haku peduli hapa diaorg nk bergaduh sbb salah bancuh tepung ker hapa ker, yg penting octopus masak merah dibalut tepung sulit itu adalah sedap di makan utk menjanjikan kecomelan saye yg berkekalan.

Makanan ini berbentuk bulat, yg dihidang bersama fish flake, mayonis dan kicap jepun. Jika anda memintak extra dressing ini akan dikenakan caj yg sgt keji. Saye ini anti caj keji, oleh itu saye tidak akan memintak extra.

Satu kotak ada 3 balls tako tao ini. Biasanya, suami saye makan 1 saye makan 2. Kalau beli 2 kotak, saye makan 4 suami saye makan 2 dan utk kotak2 seterusnya sila gandakan 2 anda akan dapat berapa jumlah yg saye akan makan.

Sekian, pergilah cuba Tako Tao!!

I TK DPT PERGI STS..WAAAAAAAAAA

Related Posts with Thumbnails

Comments

Powered by Facebook Comments

4 Comments

  1. dah cuba, sedap juga..

    Reply

    Mrs Imran Reply:

    mmg sedap nnt lama2 ketagih =)

    Reply

  2. memang best tako nie…peveret dD…

    Reply

    Mrs Imran Reply:

    my fav too!

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge

Search

About Us

We have been together (as a love couple) since year 1999 and counting. Thank GOD that our bundle of joy has safely arrived on 27/6/2009. Wish us luck in our journey to parenthood.

We are also an active USANA Health Sciences Independent Distributor. We love Usana products so much and we hope our customer loving it too as much as we do :) True Health and True Wealth!

Join Our Facebook!

My Tweets

Categories

Archives

Referrers List